Pages

Wednesday, August 10, 2011

Kad Kawin Karton Chomel

jumpa blog yang mengetengahkan carton as kad kawin comel sangat...ni adalah gambar dari blog mereke..silalah ke blog tersebut comellll






sumber dari : tempah kat dorang ekkkk
http://www.grazine.com/kolekkartun.htm



Tuesday, August 9, 2011

Wall clock..... wich one much better?


planing nk bli jam dinding bergambar ni..tapi tak tau yang mana satu nk pilih..
boleyy sesape suggest tak...yang mana much better antara yang dipaparkan or suggest yang lain kalo korang penah tengok ....

spesifikasinya...dinding ruang tamu adalah bewarna purple..so yang mana lagi sesuai dengan design yang comel..
arga belakang kire...cari yang betul2 puas hati








Wednesday, August 3, 2011

Anugerah Kemuncak Kerjaya

hu..hu kalau sesape Kerja ngan Gov akan tahu apa tu APC..ak x mau bagi explanation panjang pasal APC..ni adalah apa yang berlaku dalam kerja harianku..dan Penganjuran Majlis adalah Kemuncak kepada Kerja harianku....yehhh MERDEKA....

duk sesibuk meninjau majlis ader pulak camremen pangil bergambar...


hmmmm..makanan ari tu aderlah Nasi dagang...ni meja VIP


Antara penerima..kelihatan bosku..
yang maner?...aderlerrr


Terima kasih dan tahniah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2010!!!

Tuesday, August 2, 2011

Kuih Berbuka Puasa Kelantan

hua..hua ari ni second day puasa. kalau sebut pasal buka pose mulalah aku rindu kat masakan maa...n masakan bazar kat kelantan tuu..memcam kueh kite leh tengok...

semalam ader ler saye gi jenjalan kat bazar depan opis hurhh pusing2..last2 beli masakan kelantan gak yakni..nasi kerabu..pastu makanan kat sini hmmm samer je setiap row..tolongggg..mau je aku menjual kat saner....

kat bawah adalah makanan yang biase ader kat meja time bukak pose as orang kelantan

--------------------------------------------------------------------

teri mandi nama diberi hu..hu aku raselaaa nama dier tuu..orang-orang tua seker menda ni..ak x suker sgt..rase cket2 okey laa


martabak...yehh letak sikit kuah dier warna pink2 tuhh ..perghhhh..
biase kiteorng kerat 4 kongsi lerr..reramai

yang ni jarang2 orang makan..tetapi tetiba teringat kat dier kuih lompat tikam..
arhh ambik kau x tau la nape kiteorg pangil nama tuuuu


hmm yg ni biase ayah beli...kerabu perut lembu...
hmm kena pilih kedai bebaik kang ader yang da masamm/basi

hu..hu yang ni memang wajib ..satay perut ayam..sedap..
kalu korang tau mener sumbernya dia... memang x termakan lorr...


kuih butir nangka...hmm yang ni memang saya x minat..tapi maa n ayah suker..
dorang bli RM2 da cukup..
coz kami adek bradik x suker...


Ayam golek memaner pun ader tapi yang kat Kubang Kerian tu fuhhh..satu dapur bau rempat perghhh meleleh air liur

ni namenya akok..sedap juga tuk berbuka..


Mek Bak..manis rasenya macam bahulu letak dalam air gula...

Jala mas jugak manis...sedap dikala perut kosong... x makan2 pe2 lagi



yuppp kueh2 kelantan semua manis2..tu sebabnya orang kelantan manis-manis belaka..apa yang penting pandai2 lah mengimbangi tahap glukose darah anda
...makan sambil berwaspada....

Monday, August 1, 2011

-Jenjalan ke Pantai lagi -

Saper penah sampai kesini...

yuppp..tu adalah Krabi Island..comel kan..air laut biru kehijauan..

---------------------------------------------------
a few last week satu kursus telah diadakan (17/7/2011 - 21/7/2011), sambil menyelam minum air...release tension maaa...
berikut merupakan gambar-gambar yang sempat di snapkan disane..
p/s: air laut masih masin..



Friday, July 29, 2011

Nurul Khayra Nadhirah

entry kali ni special tuk anak buahku yang pertama Nurul Khayra Nadhirah..da lama nk wat entry tapi x de gambar yang cun2...ni arrr pakcik buat khas tuk baby....layannnnnn...






Monday, July 25, 2011

A trip to Bali


Yehh lama x post ape2..sibuk yang amat sekarang..tapi sempat jugak pegi bali 9/7/2011
ni picture nyerrr..yehhhhhhhh...



Tuesday, July 5, 2011

Melaka Bandar Bersejarah

last week kami ke Melaka Bandar Bersejarah, yakni kami bertolak pada 1/7/2011 malam tepat jam 9.30 malam, 2 jam je ke Melaka menggunakan bas di Terminal Bandar Tasik Selatan..yuhu best terminal tuuu macam airport...duduk sane 2 hari being pengapit too Kim n Azrol then pulanngnya ke KL pada 3/7/2011, dibawah satu keping gambar je yang ingin dikongsi bersama-sama...yehhhhh


Monday, June 27, 2011

Sungai Tekala

hu..hu last weekend kami satu unit pergi ke Sungai Tekala, seronok sejuk airnye..last2 tertido kat sane...
ni adalah picture yang telah diambil..












Friday, June 24, 2011

Mengenali Personaliti Diri : Kajian dari Dato’ Dr Fadzilah Kamsah

Mengenali Personaliti Diri : Kajian dari Dato’ Dr Fadzilah Kamsah

Yuhuu semalam dapat join satu kursus anjuran tempat kerja oleh Dr Fadzilah Kamsah...memang happening la..walaupun padat dari pagi sampai petang….

Okes mengambil kira ilmu yang kita dapat perlu dikongsi bersama, di bawah sedikit bingkisan yang sempat saya pelajari sepanjang kursus yang diadakan:


BUDAK SCIENCE

Majlis bermula pada jam 8.30 pagi, dengan topik penganalisisan Kendiri..yupp sebelum melakukan perubahan kepada diri kita…Kita perlulah mengenal diri sendiri dulu….rupenya aku sama dengan Dr coz background science UM..yuppp same idea..

as budak science, kita akan sentiasa bertanyakan Kenapa? / “WHY”? kannnnn…saya bagi contoh…

orang kata.. kita perlu tidur mengiring ikut kanan sama dengan sunnah nabi…yuppp orang science akan bertanya kenapa?..bukan nak nafikan sunnah tapi nak tahu dengan lebih detail..maka kajian lebih detail akan dijalankan..yup memang ternyata benar tidur mengiring ke kanan akan membantu badan melancarkan perjalanan darah keseluruhan badan dan tidak membebankan jantung…then berbalik kepada amalan nabi memang setiap apa yang dilakukannya adalah terbaik untuk kita semua.... tidak kira untuk dapatkan pahala mahupun kesejahteraan kita bersama..

Lagi…

Orang kata kita kena makan buahan dulu sebelum makan makanan berat contohnya nasi…hu..hu bukankan buah tu as pencuci mulut ker ikut amalan orang melayu..then budak science akan tanya “WHY” lagi..bacaan berarah kepada science akan dijalankan...

yupp again buahan mengandungi komponen ringkas such as glucose and fructose yang dapat membantu penyerapan dengan lebih baik dan memberi tenaga dalam masa yang singkat, tanpa perlu melalui proses penguraian molekul yang lebih kecil.


TAPAK TANGAN

Lagi satu kelebihan saper yang pergi ke kursus tu..boleh baca tapak tangan then cakap apa yang tertulis padanya..yang ni bukan tilik nasib yerr…..tapi berdasarkan kepada kajian Dr, dengan ramai orang yang mempunyai fizikal yang sama..contohnya..

Tapak tangan dengan bentuk tertentu boleh menunjukkan orang tu selalu ada masalah sakit perut, pemurah atau x;.....berdasarkan jalur pada tapak tangan..

Jari Manis menunjukkan seseorang itu boros atau tidak

Jari telunjuk menunjukkan seseorang itu keras hati ke tidak

Jari kelinking menunjukkan seseorang tu rendah hati ke tidak..

Then berbalik kepada kuasa tuhan yang menentukannya…ha.ha pasni saper-sape yang dekat dengan saya kena perhati tangan dia tu..siap x leh tertipu lagi..ha..ha…

TARIKH LAHIR

Bulan kita dilahirkan juga pada kajiannya, menunjukkan pola keperibadian yang lebih kurang sahaja..orang yang lahir pada bulan ganjil mempunyai sikap yang lebih tenang, suka bersendirian, kurang mencari kawan tapi tunggu orang mendekatinya..manakala orang yang dilahirkan pada bulan genab lebih bersikap ourdoor, aktif..suka cari kawan..banyak lagi…x larat pulak nak bagi explanation sini..sape nak tahu detail bagi tarikh senang…

berdasarkan pola orang ramai la….


MUKA MIRIP SAPE?

Aha..muka korang mirip sape mak ke bapak?..kalo ikut muka makk perangai lebih kepada mak then sebaliknya.

Tahukah….emosi ibu semasa mengandung mempengaruhi sikap anak kelak..Dr ader cerita pasal seorang anak dan ayah nie..x boleh bertentang mata asik gaduh marah satu sama lain, tanpa sebab..

kaji punya kaji..sebabnya si ibu semasa mengandung tidak boleh tengok si suami…yupp as pengajarannya kita semua perlu menjaga sikap kita sesama suami isteri semasa mengandung…..


EMOSI CERIA UNTUK BEKERJA SEHARIAN

Aha…soklan sama saya nak utarakan kepada semua,,sukakah anda untuk pergi bekerja/ kelas sehari-hari..suka macam x sabar- sabar je..macam jam lambat bergerak time bulan puasa tuu..timing untuk kita pergi bekerja…

yuppp saya rase jawapannya sama kot...cepatnya masa bergerak daaa dekat pukul 8.00 or 8.30 nak masuk keja nie..berkejaran kita ke opis/class..

Makneya kita tidak bersedia dengan hari kerja kita la tuu..okes tips untuk ceria and best seharian bekerja..cari lampu hijau kita seawal kita bangun..maksudnya adalah kita perlu membuat benda yang kita suka di awal waktu pagi sebelum kita pergi kerja..kita kena bangun pagi senyum terus dan terima kasih masih dihidupkan kembali dan buat apa yang kita suka..yupp saya akan pasang lagu yang best2 yang saya suka or nyanyikan…


BERAK TErbaik

Hmmm topik yang best nak dibincangkan..hmmm kata DR kalo nak berak terbaik ambik tangan kiri letak badan belah kiri,,pastu bengkokkan badan…tangan kanan letak atas kepala…ha..ha as budak Science saya tanya “WHY” ..jawapannya bengkokkan badan belah kiri kita akan press stomach kita, then tangan kanan atas kepala akan memberikan tindakan peristalsis kepada badan.. maka terjawablah….


PUKAU ORANG

Hua..hua bukan cara nak ilmu hitamkan orang tetapi ingin lembutkan hati orang boleh jugak..tips ni untuk kita jumpe bos, interview session ker boleh gakk…bacalah Ya Aziz..Ya Jabbar dan Ya Mutakabbir’…insyaallah orang yang kita nak jumpe tu lembut hati x jadi nak marah-marah then tanya bukan-bukan

That’s all 4 today..jumpa lagi selamat beramal-;p