Pages

Tuesday, October 30, 2012

Aku Terima Nikahnya

Nora Danish dan Adi Putra kembali digandingkan dalam filem terbaru arahan Eyra Rahman bertajuk Aku Terima Nikahnya. Filem ini ditayangkan di pawagam bermula 11 Oktober 2012.
Antara pelakon lain yang membintangi filem Aku Terima Nikahnya ialah, Mon Ryanti, Azrel Ismail, Alex Yanz, dan Kamal Faridz.

Sinopsis Filem Aku Terima Nikahnya
Aku Terima Nikahnya merupakan kisah cinta tragis di antara Johan (Adi Putra) dan Arlisa (Nora Danish) yang berhadapan dengan dugaan terbesar dalam hidup mereka. Johan dan Arlisa baru sahaja selamat diijabkabul dan seperti pasangan lain, mereka melalui bulan-bulan yang indah dalam hidup mereka.

Namun, tragedi yang tidak disangka-sangka menimpa Johan. Johan yang kemalangan disahkan mengalami Selective Amnesia yang mana dia ingat semua perkara hanya sehingga Johan berusia 31 tahun yang mana dua tahun sebelum dia mengenali Arlisa.
Johan yang langsung tidak mengingati Arlisa bertindak menjauhkan diri daripada isterinya sendiri. Namun Arlisa tidak pernah putus asa berusaha supaya Johan mengingati dirinya semula. Pertemuan Johan dengan Suriya (Mon Ryanti), kawan baik Arlisa menyebabkan Arlisa cemburu.

Johan lebih mesra bergaul dengan Suriya berbanding dirinya, isteri kepada Johan. Sehinggalah satu hari Arlisa terserempak dengan Suriya dan Johan dalam keadaan yang mencurigakan.
Arlisa mula berasa penat untuk mengejar Johan yang tidak pernah menghargai dirinya.




PE3

Sinopsis PE3

PE3 mengisahkan tentang kumpulan rompakan berprofil tinggi yang diketuai oleh Megat. Aktiviti rompakan yang dilakukan oleh kumpulan ini turut dibantu oleh orang kanan Megat iaitu Fumi, Siva, Chat dan Jerry.

Kesemua mereka ini mempunyai kepakaran dan keistimewaan masing-masing. Jerry seorang yang mahir dalam mengendalikan perisian komputer. Chat dan Siva pula merupakan anggota kumpulan yang patuh terhadap arahan ketua mereka.

Dalam pada itu, Megat turut mempunyai seorang pembantu yang turut sama melancarkan setiap rompakan yang dirancang iaitu Fumi. Kemasukkan Fumi dalam kumpulan ini bermula setelah beliau berkahwin dengan Lina, adik kandung Megat.

Megat sentiasa menyusun dan merancang aktiviti rompakan yang memberi pulangan tinggi kepadanya. Antara aktiviti yang dilakukan oleh kumpulan Megat adalah seperti merompak kereta mewah, merompak bahan-bahan yang berkaitan dengan alatan komputer, wang tunai dan sebagainya.

Memiliki kumpulan yang cekap dan licik membuatkan mereka sentiasa terlepas dari pihak berkuasa. Dalam masa yang sama berbagai kejadian berlaku. Namun ianya tidak mematahkan semangat mereka untuk terus menjalankan rompakan yang dirancang.


Hmmm bagi aku best ke tak citer ni hentah lerr sebab x tengok pun…tunggu main kat astrok je lerrrr



Betapa kurusnya farid kamil..bukan betapa gemuknyee aku okehhhh

Tuesday, October 23, 2012

Doa Untukmu Sayang


huhu entry kali ni saya ingin berkongsi doa amalan yang bagus untuk diamalkan setiap kali solat, khas buat si isteri yang hamil..semoga memberoleh keberkatan daripadaNYA.

--------------------------------------------------

DOA ANAK DALAM KANDUNGAN

" Ya Allah, Peliharakanlah anak kami selama ia berada di dalam perut isteriku Fadzlina, dan sihatkanlah dia, 
Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan  selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah, rupakanlah dan bentukkanlah anak kami yang ada di ada di dalam perut isteriku Fadzlina dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perut isteriku dengan mudah dan selamat. Jauhilah kesakitan daripada isteriku Fadzlina dan sembuhkanlah dia dengan cepat Ya Allah. 

 Ya Allah jadikanlah anak kami sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. 
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat nabi muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.. Amin...

MALAYSIA CAPAI STATUS NEGARA TUA 2030

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata Malaysia perlu bersiap-sedia sebelum mencapai status negara tua yang dijangkakan pada tahun 2030 nanti apabila mencecah kadar 15 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk.

Berucap sempena sambutan Hari Warga Emas di Hotel Palace of the Golden Horses, PM berkata atas faktor tersebut kerajaan telah mengambil pelbagai pendekatan untuk menyiapkan negara bagi berhadapan dengan cabaran tersebut.
Antara pendekatan tersebut ialah dengan menggubal umur persaraan bagi kakitangan awam dan swasta, penggubalan Peraturan Kerja (pekerja separa masa) dan menerusi pemberian bantuan dan insentif seperti pembentangan Bajet 2013.

--------------------------------------------------------------------

Seorang ibu mampu menjaga 10 anak, namun 10 anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu - ungkapan yang biasa didengar tetapi tidak semua memahami atau mungkin buat-buat tidak faham makna yang tersirat di dalamnya.

MENJAGA warga tua atau ibu bapa yang sudah lanjut usia bukan masalah individu, sebaliknya melibatkan semua pihak terutama institusi keluarga, masyarakat dan kerajaan.
Bahkan jika dilihat penggunaan terma penjaga itu sendiri, ia meliputi tanggungjawab semua pihak dan terdapat banyak bentuk penjaga.

Apa yang boleh saya katakan pada masa mendatang Negara kita akan mempunyai ramai orang-orang tua…kalau ikutkan tahun 2030 tu aku pun da kira tua…umur daa lewat 50an dahh

apa yang saya ingin tekankan kepada diri saya dan rakan sekalian adalah hendaklah kita menjaga orang tua kita sebaiknya..kerana besok-besok pun jua kita akan menjergah ke usia dewasa ini 


Sesi lawatan amal tempoh hari (19.10.2012)


Gini ker aku dikala usia tua esok-esok

Tuesday, September 18, 2012

Piranha mengganas

urhhh melahap betoii ikan-ikan ni...makan bukan main lagi menggalahkan piranha..saiz ikan ni..hmm tak payah nak cakap la besauu wehhhhh



tunggu turn nak nak boat




p.s.. untung jadi ikan pelihara ni..orang bagi makan je...naik jadi "anak ikan" lah best orang jaga kita jer....

Kudaku lari gagah berani

korang penah tak naik kuda..hurmmm seumur hidup aku lah...inilah kali pertama naik kuda...yuhaa....Pn Fadzlina...seungguh-sungguh yer paksa saya naik kuda nie...(baik tuk pinggan katanya)...



p.s> sambil naik sebut yuhaaaa..yuhaaaaaaaaaaaaa

Sejuknya Bukit ini


minggu lepas bersamaan dengan hari seMalaysia..sempat jua kami pergi ke sebuah bukit yang sejuk ini....khazah alam yang masih menghijau mengamit suasana...apatah lagi ditambah dengan suasana yang kedinginan, hujan renyai-ranyai sangatlah mencabar hati ini untuk tidur jer...









hurhhhh..sejukkkkk....

Tuesday, August 28, 2012

Kyra "Goo Green"

Tema pengambaran kyra kali ni adalah "goo Green", makanya dibelakang umah disebuah paya telah dijadikan tempat pengambaran..pokoknya disini tempat tiada halangan jika kehendak ingin dikecapi...
















Tuesday, August 14, 2012

Buat sendiri Kad raya







step by step rujuk:

http://irwanzul.blogspot.com/2011/08/cara-buat-sendiri-kad-raya.html

Monday, August 6, 2012

Ohh Fadzlina !!!

emmm entry kali ni aku nak berkongsikan mimpi seorang insan bernama Fadzlina...tajuk mimpi ni aku bagi "Ohh Fadzlina"....
------------------------------------------------------------------

alkisah mimpi ini memaparkan akan pemimpin-pemimpin negara yang amat disegani sekarang...watak-watak semula yang aku berikan adalah..Pak Aji..Anas..Raja..Dollah dan Nazwan, mereka sebenarnya antara golongan parti-parti politik yang berlainan..semua membawa ideologi yang berlainan dan tidak bersepakat antara satu sama lain...

pada suatu ketika yang tidka dikenalpasti mereka dikehendaki pergi ke satu perkhemahan kepimpinan....
mereka telah dibawa dengan menaiki limosin yang sanggat panjang dengan 1 limosim SAHAJA
(mampu ker mereka menaiki satu limosim sahaja...emmmm)





disuatu kawasan yang berhutang belantara mereka telah ditempatkannn....
dalam hutan tersebut terdapat pelbagai haiwan-haiwan buas dan sanggatt menakutkan.....



sepanjang mereka disana aktiviti mereka disana dirakam oleh Azuan..segala tingkah laku mereka dirakamkan...


Disana juga, terdapat seorang wanita yang sangat ayu, cantik, sopan, lemah lembut bernama Fadzlina..selaku urus setia program berkenaan......emm..aku tambah je tu...alkisah mimpi sebenarnya tidak dimaklumkan akan fizikal watak berkenaan... :P


Pada malam pertama..mereka, diganggu oleh serangan beruang yang sanggat ganas...aummmmmm....tetapi beruang tersebut sempat berlalu pergi dan mereka terselamat....



Pada malam seterusnya mereka telah diganggu oleh seranga tapir pula...tapir tersebut sanggatlah ganas, dan mereka telah menjerit untuk baling apa sahaja yang ada termasuk tali, tisu, pakaian dan lain....
mujurlah tapir tersebut makan apa sahaja yang dibaling oleh fadzlina tersebut..sambil kekenyangan tapir pun berlaku pergi begitu sahaja dan peristiwa tersebut telah berjaya dirakam oleh Azuan......
pada hari terakhir dan utuk tatapan umum...peristiwa serangan tapir tersebut telah dipertontonkan dikalayak umum....

moral value mimpi ni...
1. Kita mesti bersatu pada, walaupun berlaian fahaman dan pandangan.
2. Kita mesti sanggup berkorban apa sahaja untuk negara..

p.S.; Chowwww...ingat mimpi x de moral value ker????