Pages

Monday, January 9, 2012

Kursus Pra-Perkhawinan 7-8/1/2012

last week 7hb/1 -8/1/2012 saya dan pasangan telah pergi ke Kursus Pra Perkahwinan yang terletak di Bangunan Mara..kalau nak tahu detail pasal kursus tu boleh check kat website macam dibawah nie...


antara maklumat yang penting untuk perkongsian bersama adalah....

1 PROSEDUR PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN DI WILAYAH PERSEKUTUAN

(a.) Borang permohoan kebenaran berkahwin “ Borang 1” terpakai bagi semua pemohon yang
tinggal di Wilayah Persekutuan sahaja atau bagi pemohon yang bermastautin di Wilayah
Persekutuan tetapi tinggal di luar Wilayah Persekutuan.

(b.) Borang permohonan hendaklah di isi dengan lengkap dalam dua (2) salinan dengan
menggunakan dakwat hitam atau biru dan disahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan,
Perceraian dan Ruju’ bagi kariah masing-masing.

(c.) Memadam perkataan yang salah atau ditindih adalah tidak dibenarkan.

(d.) Pemohon dan wali hendaklah hadir di hadapan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian
dan Ruju’ kariah ketika menandatangani borang tersebut bagi tujuan pengesahan.

(e.) Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ kariah hendaklah memastikan borang permohonan di isi dengan lengkap dan dokumen-dokumen berkaitan disertakan sebelum
menandatangani borang tersebut beserta dengan cop jawatan Penolong Pendaftar
Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ kariah.

Lampiran-lampiran dokumen adalah seperti berikut:

A. PERMOHONAN BERKAHWIN DI WILAYAH BAGI PASANGAN DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN

PEREMPUAN
1. Satu salinan Kad Pengenalan .
2. Satu salinan Kad Pengenalan Wali yang sah.
3. Satu salinan surat mati jika Wali Akrab telah meninggal dunia.
4. salinan surat nikah ibubapa.
5. Surat tandatangan Wali Jauh sekiranya Wali tidak tinggal di Wilayah Persekutuan atau tidak dapat
hadir dihadapan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ kariah.
6. Surat Perakuan Cerai yang asal sekiranya bercerai.
7. Salinan surat mati dan salinan surat nikah sekiranya kematian suami.
8. Sijil Kursus Pra Perkahwinan jika umur kurang dari 40 tahun.
9. Surat kebenaran berkahwin dari Angkatan Tentera (BAT D 193) jika anggota tentera.
10. Surat kebenaran berkahwin kali pertama dari Jabatan Polis jika anggota polis.
11. Surat Kebenaran Berkahwin dari Mahkamah Syariah jika pemohon berkahwin bawah umur.
12. Salinan Surat Akuan atau Kad Akuan memeluk agama Islam dari Jabatan Agama Islam Negeri dan surat pembubaran perkahwinan dari Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil atau Surat Cerai sebelum memeluk agama Islam jika pernah berkahwin.
13. Surat Wakalah Wali sekiranya Wali tidak dapat hadir di dalam majlis akad nikah.
14. Surat kebenaran berkahwin secara Wali Hakim dari Mahkamah Syariah jika sekiranya perkahwinan dijalankan secara Wali Hakim.
15. Bermastautin / tinggal di wilayah Persekutuan. Sekiranya alamat tempat tinggal di Wilayah
Persekutuan tetapi alamat didalam kad pengenalan bukan didalam Wilayah Persekutuan, perlu
pengesahan anak kariah daripada Penolong Pendaftar NCR dengan mengemukakan bil cukai pintu rumah tersebut.

LELAKI

1. Satu salinan Kad Pengenalan.
2. Surat akuan bujang dari majikan jika bekerja dengan majikan atau surat Akuan Sumpah Bujang
dari Pesuruhjaya Sumpah jika tiada majikan.
3. Surat Perakuan Cerai sekiranya bercerai.
4. Salinan surat mati dan salinan surat nikah sekiranya kematian isteri.
5. Sijil kursus pra perkahwinan jika umur kurang dari 45 tahun.
6. Surat kebenaran berkahwin dari Angkatan Tentera (BAT D 193) jika anggota tentera.
7. Surat kebenaran berkahwin kali pertama dari Jabatan Polis jika anggota polis.
8. Surat kebenaran berkahwin di bawah umur dari Mahkamah Syariah jika bawah umur.
9. Surat kebenaran berpoligami dari Mahkamah Syariah ( bagi permohonan poligami).
10. Salinan Surat Akuan atau Kad Akuan memeluk agama Islam dari Jabatan Agama Islam Negeri dan surat pembubaran perkahwinan dari Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil atau Surat Cerai/Surat Pembubaran Perkahwinan sebelum memeluk agama Islam jika pernah berkahwin.
16. Bermastautin / tinggal di wilayah Persekutuan. Sekiranya alamat tempat tinggal di Wilayah
Persekutuan tetapi alamat didalam kad pengenalan bukan didalam Wilayah Persekutuan, perlu
pengesahan anak kariah daripada Penolong Pendaftar NCR dengan mengemukakan bil cukai pintu rumah tersebut.


B. PERMOHONAN UNTUK BERKAHWIN DI WILAYAH BAGI PASANGAN PEREMPUAN DALAM WILAYAH, DAN LELAKI LUAR WILAYAH. PEREMPUAN

1. Salinan kad pengenalan beralamat di Wilayah Persekutuan atau surat pengesahan anak kariah
sekiranya alamat tempat tinggal di Wilayah Persekutuan tidak sama di dalam kad pengenalan.
2. Salinan kad pengenalan wali yang sah.
3. Salinan surat mati jika wali akrab telah meninggal dunia.
4. Salinan surat nikah ibu bapa pemohon.
5. Surat tandatangan wali jauh jika wali tidak tinggal di Wilayah Persekutuan atau tidak dapat hadir di hadapan Penolong Pendaftar.
6. Surat perakuan cerai jka bercerai.
7. Salinan surat mati dan salinan surat nikah sekiranya kematian suami.
8. Sijil kursus pra perkahwinan jika umur kurang dari 40 tahun .
9. Surat kebenaran berkahwin dari Angkatan Tentera (BAT D 193) jika anggota tentera.
10. Surat kebenaran berkahwin kali pertama dari Jabatan Polis jika anggota polis.
11. Surat kebenaran berkahwin di bawah umur dari Mahkamah Syariah jika bawah umur.
12. Salinan surat/surat akuan atau kad memeluk agama Islam dari Jabatan Agama Islam Negeri dan surat pembubaran perkahwinan dari Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil atau surat cerai sebelum memeluk agama Islam jika pernah berkahwin.
13. Surat Wakalah Wali sekiranya wali tidak dapat hadir di dalam majlis akad nikah.
14. Surat kebenaran berkahwin secara wali hakim dari Mahkamah Syariah jika tiada Wali Nasab.

LELAKI

1. Surat kebenaran berkahwin dari pejabat agama/negeri lelaki bermastautin/tinggal.

C. PERMOHONAN BERKAHWIN DI WILAYAH BAGI PASANGAN LELAKI DALAM WILAYAH DAN PEREMPUAN LUAR WILAYAH LELAKI

(1) Salinan kad pengenalan beralamat di Wilayah Persekutuan atau surat pengesahan anak kariah sekiranya alamat tempat tinggal di Wilayah Persekutuan tidak sama di dalam kad pengenalan.
(2) Surat akuan bujang dari majikan jika bekerja dengan majikan atau Surat Akuan Sumpah jika
bekerja sendiri atau tidak bekerja. Akuan Sumpah Syarie jika perlu.
(3) Surat Perakuan Cerai sekiranya bercerai.
(4) Salinan surat mati dan salinan surat nikah sekiranya kematian isteri.
(5) Sijil kusus pra perkahwinan jika umur kurang dari 45 tahun .
(6) Surat kebenaran berkahwin dari Angkatan Tentera (BAT D 193) jika anggota tentera.
(7) Surat kebenaran berkahwin kali pertama dari Jabatan Polis jika anggota polis.
(8) Surat kebenaran berkahwin di bawah umur dari Mahkamah Syariah jika bawah umur.
(9) Surat kebenaran berpoligami daripada Mahkamah Syariah( bagi permohonan berpoligami).
(10) Salinan surat/surat akuan atau kad memeluk Islam dari Jabatan Agama Islam Negeri dan surat pembubaran perkahwinan dari Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil atau surat cerai sebelum memeluk agama Islam jika pernah berkahwin.

PEREMPUAN

1. Surat kebenaran berkahwin dari pejabat agama/negeri berkenaan.
2. Surat Wakalah Wali jika sekiranya wali tidak dapat hadir dalam majlis akad nikah.
3. Surat kebenaran berkahwin secara Wali Hakim dari Mahkamah Syariah jika menggunakan wali hakim.

D. PERMOHONAN BERKAHWIN DI WILAYAH BAGI PASANGAN PEREMPUAN DALAM WILAYAH DAN LELAKI BUKAN WARGANEGARA PEREMPUAN

1. Salinan kad pengenalan beralamat di Wilayah Persekutuan atau surat pengesahan anak kariah
sekiranya alamat tempat tinggal di Wilayah Persekutuan tidak sama di dalam kad pengenalan.
2. Salinan kad pengenalan wali yang sah.
3. Salinan surat mati jika Wali Akrab telah meninggal dunia.
4. Surat tandatangan Wali jauh jika wali tidak tinggal di Wilayah Persekutuan atau tidak dapat hadir di hadapan Penolong Pendaftar.
5. Surat perakuan cerai jika bererai.
6. Salinan surat mati dan salinan surat nikah jika kematian suami.
7. Sijil kusus pra prkahwinan jika umur kurang dari 40 tahun .
8. Suratkebenaran berkahwin dari Angkatan Tentera (BAT D 193) jika anggota tentera.
9. Surat kebenaran berkahwin kali pertama dari Jabatan Polis jika anggota polis.
10. Surat kebenaran berkahwin di bawah umur dari Mahkamah Syariah jika bawah umur.
11. Salinan surat/surat akuan atau kad memeluk agama Islam dari Jabatan Agama Islam Negeri dan surat pembubaran perkahwinan dari Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil atau surat cerai sebelum memeluk agama Islam jika pernah berkahwin.
12. Surat Wakalah Wali sekiranya wali tidak dapat hadir di dalam majlis akad nikah.
13. Surat kebenaran berkahwin secara Wali Hakim dari Mahkamah Syariah jika menggunakan wali hakim.

LELAKI

1. Salinan paspot (muka hadapan paspot dan cop kemasukan) dan visa yang masih sah digunakan.
2. Surat kebenaran berkahwin dari kedutaan bagi pemegang paspot Visa Sosial.
3. Surat kebenaran dari kedutaan bagi pemegang paspot Visa Sosial dan surat pengesahan dari
Kementerian Luar (bagi warganegara Pakistan sahaja).
4. Surat kebenaran berkahwin dari Pejabat Pendaftar Nikah Cerai dan Ruju’ Singapura dan disahkan oleh kedutaannya (bagi warganegara Singapura).
5. Surat akuan sumpah dan surat kebenaran dari imigresen sekiranya tiada kedutaan dari Malaysia.
6. Surat dari kedutaan, Department Agama, kelulusan dan Surat Lampiran 7, 8, 10 dan 11 PMA No. 2. (bagi warganegara Indonesia sahaja).
7. Surat pengesahan memeluk agama Islam dari Jabatan Agama Islam Negeri dan surat pembubaran perkahwinan dari Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil atau surat cerai sebelum memeluk agama Islam jika pernah berkahwin.

E. PERMOHONAN BERKAHWIN DI WILAYAH BAGI PASANGAN LELAKI DALAM WILAYAH DAN PEREMPUAN BUKAN WARGANEGARA LELAKI

1. Salinan kad pengenalan beralamat di Wilayah Persekutuan atau surat pengesahan anak kariah
sekiranya alamat tempat tinggaldi Wilayah Persekutuan tidak sama di dalam kad pengenalan.
2. Surat akuan bujang dai majikan jika bekerja dengan majikan atau Surat Akuan Sumpah jika bekerja sendiri atau tidak bekerja.
3. Surat Perakuan Cerai sekiranya bercerai.
4. Salinan surat mati dan salinan surat nikah sekiranya kematian isteri.
5. Sijil kursus pra perkahwinan jika umur kurang dari 45 tahun .
6. Surat kebenaran berkahwin dari Angkatan Tentera (BAT D 193) jika anggota tentera.
7. Surat kebenaran berkahwin kali pertama dari Jabatan Polis jika anggota polis.
8. Surat kebenaran berkahwin di bawah umur dari Mahkamah Syariah jika bawah umur.
9. Surat kebenaran berpoligami dari MAhkamah Syariah (bagi permohonan berpoligami).
10. Salinan surat/surat akuan atau kad memeluk agama Islam dari Jabatan Agama Islam Negeri dan surat pembubaran perkahwinan dari Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil atau surat cerai sebelum memeluk agama Islam jika pernah berkahwin.

PEREMPUAN

1. Salinan paspot (muka hadapan paspot dan cop kemasukan) dan visa masih sah.
2. Salinan paspot dan wali yang sah.
3. Salinan surat mati jika Wali Akrab telah meninggal dunia.
4. Surat Perakuan Cerai jika bercerai.
5. Salinan surat mati dan salinan surat nikah jika kematian suami.
6. Surat Wakalah Wali sekiranya wali tidak dapat hadir di dalam majlis akad nikah.
7. Salinan surat/surat akuan atau kad memeluk agama Islam dari Jabatan Agama Islam Negeri dan surat pembubaran perkahwinan dari Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil atau surat cerai sebelum memeluk agama Islam jika pernah berkahwin.
8. Surat kebenaran berkahwin secara Wali Hakim dari Mahkamah Syariah jika menggunakan wali hakim.

F. PERMOHONAN BERKAHWIN DI LUAR WILAYAH BAGI PASANGAN DALAM WILAYAH. LELAKI

1. Salinan kad pengenalan beralamat di Wilayah Persekutuan atau surat pengesahan anak ariah
sekiranya alamat tempat tinggal di Wilayah Persekutuan tidak sama di dalam kad pengenalan.
2. Surat Perakuan Cerai jika bercerai.
3. Salinan surat mati dan salinan surat nikah sekiranya kematian isteri.
4. Sijil kursus pra perkahwinan jika umur kurang dari 45 tahun .
5. Surat kebenaran berkahwin dari Angkatan Tentera (BAT D 193) jika anggota tentera.
6. Surat kebenaran berkahwin kali pertama dari Jabatan Polis jika anggota polis.
7. Surat kebenaran berkahwin di bawah umur dari Mahkamah Syariah jika bawah umur.
8. Surat kebenaran berpoligami (bagi permohonan berpoligami).
9. Salinan surat/surat akuan atau kad memeluk agama Islam dari Jabatan Agama Islam Negeri dan surat pembubaran perkahwinan dari Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil atau surat cerai sebelum memeluk agama Islam jika pernah berkahwin.

PEREMPUAN

1. Salinan kad pengenalan beralamat di Wilayah Persekutuan atau surat pengesahan anak kariah
sekiranya alamat tempat tinggal di Wilayah Persekutuan tidak sama di dalam kad pengenalan.
2. Salinan kad pengenalan wali yang sah.
3. Salinan surat mati jika Wali Akrab telah meninggal dunia.
4. Surat tandatangan Wali Jauh jika wali tidak tinggal di Wilayah Persekutuan atau tidak dapat hadir di hadapan Penolong Pendaftar.
5. Surat Perakuan Cerai sekiranya bercerai.
6. Salinan surat mati dan salinan surat nikah sekiranya kematian suami.
7. Sijil kursus pra perkahwinan jika umur kurang dari 40 tahun .
8. Surat kebenaran berkahwin dari Angkatan Tentera (BAT D 193) jika anggota tentera.
10. Surat kebenaran berkahwin di bawah umur dari Mahkamah Syariah jika bawah umur.
11. Salinana surat/surat akuan atau kad memeluk agama Islam dari Jabatan Agama Islam Negeri dan surat pembubaran perkahwinan dari Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil atau surat cerai sebelum memeluk agama Islam jika pernah berkahwin.
12. Surat Wakalah Wali sekiranya wali tidak dapat hadir di dalam majlis akad nikah.
13. Surat kebenaran berkahwin secara Wali Hakim dari Mahkamah Syariah jika menggunakan wali hakim.

G. PERMOHONAN BERKAHWIN DI WILAYAH BAGI PASANGAN LUAR WILAYAH PERSEKUTUAN

1. Dua (2) salinan borang permohonan “Borang 1” di isi oleh pihak perempuan.
2. Kebenaran berkahwin dari Pejabat Agama Negeri atau daerah masing-masing.
3. Surat Wakalah Wali sekiranya wali tadak dapat hadir di dalam majlis akad nikah.

PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN BAWAH UMUR (LELAKI BAWAH 18 TAHUN DAN PEREMPUAN BAWAH 16 TAHUN)

i. Pemohon hendaklah mengemukakan dokumen untuk kebenaran berkahwin dan dua saksi di
kalangan keluarga terdekat di Unit Perkahwinan, Cerai dan Ruju’.
ii. Proses mendaftarkan kes di Mahkamah Syariah akan di buat oleh pemohon atas nasihat dan
panduan oleh pendaftar. Perkahwinan boleh dijalankan setelah mendapat perintah mahkamah.

PERMOHONAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN LUAR NEGARA DENGAN KEBENARAN

i. Permohonan yang diterima bagi yang tinggal di Wilayah Persekutuan SEMASA pernikahan
dijalankan.
ii. Pemohon dan pasangan menggunakan borang permohonan daftar nikah luar negara dan
melampirkan surat nikah serta dokumen perjalanan yang sah.
iii. Permohonan yang tidak mempnyai dokumen yang lengkap akan ditolak.
iv. Pasangan dan saksi akan dipanggil untuk soal selidik bagi menentukan kesahihan perkahwinan di segi hukum syarak . Proses pendaftaran akan dibuat selepas mendapat kelulusan daripada Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ orang Islam di JAWI.

PERMOHONAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN LUAR NEGARA TANPA KEBENARAN

i. Pemohon mesti mengemukakan permohonan pendaftaran perkahwinan luar negara tanpa
kebenaran ke Mahkamah Syariah.
ii. Proses pendaftaran di JAWI akan dibuat setelah mahkamah mengeluarkan perintah daftar dengan mengemukakan lampiran dokumen tersebut:-
a) Salinan Surat Perintah daftar dari Mahkamah Syariah WPKL.
b) Salinan Borang B5 dari Bahagian Penguatkuasaan JAWI.
c) Salinan Kad pengenalan dan Passport.
d) Salinan sijil Nikah @ Buku Nikah luar negara.
e) Gambar sepasang berwarna ukuran passport (1+1).
f) Bayaran RM53.00 ( Sijil RM25.00 & Kad Nikah RM28.00)
g) Lafaz Ta’liq di hadapan Pendaftar : - Hadir suami isteri.

PERMOHONAN WALI HAKIM SEBAB-SEBAB PERPINDAHAN WALI NASAB KEPADA WALI HAKIM.

1. Wali aqrab dalam ihram haji/umrah.
2. Tidak mempunyai wali nasab.
3. Wali aqrab sengaja enggan.
4. Anak tidak sah taraf.
5. Saudara baru yang tiada wali nasab.
6. Wali aqrab hendak berkahwin dengan pemohon yang tiada wali setaraf.
7. Wali ghaib (hilang) yang tidak dapat di kesan.
8. Wali nasab berada jauh lebih daripada dua marhalah (93KM).


p.s: memang banyak info yang boleh kita pelajari...especillay part dokumen yang diperlukan tuuu..sangat bermakna...x rugi kalau pegi tempat tuuu...memang sempoiiii n kelakar gilerrrrrrrr...

.

No comments:

Post a Comment