FAQs BELANJAWAN 2012
Insentif tunai RM500
Siapa yang layak memohon?
· Isi rumah warganegara Malaysia berpendapatan bulanan RM3,000 dan kebawah. Isi rumah merujuk kepada:
· Suami & Isteri
· Individu (bujang, duda, ibu tunggal)
Bila dan Bagaimana untuk memohon?
· Permohonan boleh dibuat mulai Januari 2012 (Pihak Kerajaan akan memaklumkan di media massa)
· Mengisi borang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan menyatakan pendapatan dan akaun bank. Borang boleh didapati di pejabat LHD berhampiran dan LHDN akan mengadakan roadshow ke segenap kawasan.
· Bagi yang bekerja dan pesara Kerajaan, dikehendaki untuk mengemukakan penyata gaji dan penyata pencen bulanan.
· Bagi yang bekerja sendiri dikehendaki untuk menyatakan anggaran pendapatan bulanan sahaja
· Bagi yang tidak bekerja, dikehendaki untuk menyatakan anggaran pendapatan bulanan sekiranya ada.
Berapa lamakah tempoh masa diambil untuk mendapat insentif dan bagaimana?
· Proses daripada pendaftaran hingga duit dimasukkan ke dalam akaun dianggarkan mengambil masa 2 minggu (14 hari)
· Insentif tunai boleh diterima melalui:
· Kredit terus ke akaun bank penerima
· Melalui pejabat pos
Kenapakah LHDN dipilih sebagai agen pelaksana?
· LHDN mempunyai sistem yang komprehensif dan stabil serta dapat dihubungkan dengan sistem agensi-agensi lain seperti JPN, JPJ, KWSP dan e-kasih.
· Supaya pelaksanaan ini dapat dilaksanakan dengan berkesan, telus dan segera.
· Memudahkan Kerajaan untuk menyalurkan bantuan pada masa hadapan dengan menggunakan pangkalan data sedia ada.
Fakta:
· Insentif ini merupakan pemberian one-off kepada semua isi rumah warganegara Malaysia berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.
· Seramai 3.4 juta isi rumah atau 53% daripada keseluruhan isi rumah akan mendapat manfaat
· Penerima bantuan kebajikan sedia ada (seperti bantuan kemiskinan, e-kasih, ibu tunggal, OKU) juga layak untuk menerima insentif ini
Insentif RM100 Bantuan Persekolahan
1. Siapakah yang layak memohon?
· Semua pelajar sekolah rendah dan menengah tahun 1 hingga tingkatan 5 di seluruh negara.
2. Bilakah dan Bagaimana untuk memohon?
· Permohonan boleh dibuat mulai Januari 2012 di sekolah masing-masing
· Mengisi borang membuka akaun BSN atau menyatakan akaun bank kepada pelajar yang sudah mempunyai akaun BSN (BSN akan mengedarkan borang ke setiap sekolah dan mengadakan roadshow)
· Duit akan terus dikreditkan ke dalam akaun pelajar serta-merta apabila akaun telah siap didaftar
3. Kenapakah BSN dipilih sebagai agen pelaksana?
· Kerana BSN mempunyai cawangan di seluruh pelosok Malaysia terutamanya di luar bandar
· Untuk menggalakkan pelajar menabung
Fakta:
· Insentif ini merupakan pemberian one-off.
· Seramai 5.3 juta pelajar rumah akan mendapat manfaat
Insentif RM200 Baucar Buku Mahasiswa
1. Siapakah yang layak memohon?
· Semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.
2. Bilakah dan Bagaimana untuk memohon?
· Permohonan boleh dibuat mulai Januari 2012 di IPTA/IPTS, matrikulasi dan sekolah masing-masing
3. Dimanakah boleh digunapakai?
· Kedai buku/koperasi di IPTA/IPTS, matrikulasi dan sekolah masing-masing
· Kedai-kedai buku yang berdaftar dengan program ini seperti MPH, Kinokuniya, Popular, Borders
4. Bilakah tarikh luput baucar?
· Baucar ini boleh digunakan sehingga 31 Disember 2012
Fakta:
· Insentif ini merupakan pemberian one-off.
· Seramai 1.3 juta mahasiswa/pelajar akan mendapat manfaat
Tabung Khas Perumahan Nelayan
1. Siapakah yang layak memohon?
· Semua nelayan di seluruh Malaysia yang berdaftar dengan LKIM
o Mempunyai rumah sendiri yang daif dan kurang selesa
o Tidak mempunyai rumah sendiri tetapi mempunya tanah atau tapak untuk mendirikan rumah
2. Bilakah dan bagaimanakah untuk memohon?
· Permohonan boleh dibuat mulai Januari 2012
· Pemohon perlu mengisi borang pendaftaran di cawangan LKIM yang berhampiran
· Pihak LKIM juga akan mengadakan roadshow mengikut tarikh yang ditetapkan bagi memudahkan pemohon yang berminat untuk membuat pendaftaran
·
3. Bagaimanakah dana ini berfungsi?
· Kerajaan melalui LKIM akan membiayai sepenuhnya kos membina atau membaik pulih rumah
·
Fakta:
· Seramai 94,000 Nelayan akan menikmati bantuan ini
Skim Rumah Pertamaku
1. Siapakah yang layak memohon?
· Terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 35 tahun dan kebawah (umur di hari lahir yang akan datang adalah 36 dan kebawah) dengan pendapatan bulanan di bawah RM3,000.dan masih belum memiliki rumah
· Suami dan isteri yang masing-masing berpendapatan di bawah RM3,000 dan masih belum memiliki rumah.
2. Bila, bagaimana dan dimanakah untuk memohon?
· Permohonan boleh dibuat mulai Januari 2012 dimana-mana cawanganbank yang terlibat
· Pemohon boleh memohon pinjaman dengan mengemukakan semua maklumat peribadi dan rumah yang ingin dibeli seperti yang telah ditetapkan oleh bank
· Permohonan boleh dibuat secara individu atau pinjaman bersama
· Bagi pemohon individu:
· Berpendapatan di bawah RM3,000
· Maksimum pinjaman adalah RM220,000 dengan tempoh maksimum 30 tahun
· Jumlah maksimum bayaran bulanan adalah sebanyak 1/3 daripada jumlah pendapatan bulanan
· Mempunyai pekerjaan yang tetap
· Belum memiliki rumah
· Bagi pemohon bersama:
· Pemohon adalah suami dan isteri
· Masing-masing berpendapatan dibawah RM3,000 dengan jumlah aggregat pendapatan sebanyak RM6,000
· Maksimum pinjaman adalah sebanyak RM400,000 dengan tempoh maksimum 30 tahun
· Jumlah maksimum bayaran bulanan adalah sebanyak 1/3 daripada jumlah pendapatan bulanan
· Mempunyai pekerjaan yang tetap
· Kedua-duanya belum memiliki rumah
3. Adakah Skim ini meliputi rumah kediaman yang telah siap dibina atau yang masih didalam pembinaan?
· Skim ini adalah meliputi rumah kediaman yang telah siap dibina dan yang masih didalam pembinaan
4. Bagaimanakah skim ini berfungsi?
· Pemohon yang layak akan diberi pinjaman 100% dimana 10% akan diberi jaminan oleh pihak Cagamas SRP.
· Kadar faedah yang dikenakan adalah berdasarkan kepada produk bank sedia ada
Fakta:
Program Rumah Mesra Rakyat
1. Siapakah yang layak memohon?
· Isi rumah yang berpendapatan rendah (RM1,500) yang mempunyai tanah persendirian dan tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usang
· Pemohon mestilah berumur 18 hingga 65 tahun
· Mengikut syarat kelayakan program sedia ada seperti yang telah ditetapkan oleh SPNB
2. Bagaimana Program ini berfungsi?
· SPNB akan membina rumah dengan kos sebanyak RM65,000 seunit dimana akan dijual kepada pemohon dengan harga RM45,000 sahaja.
· Baki RM20,000 akan ditanggung oleh Kerajaan
· Untuk tujuan ini, pemohon akan disediakan pinjaman 100% oleh bank dengan tempoh maksimum 30 tahun dengan bayaran bulanan RM270.
3. Bila dan bagamainakah untuk memohon?
· Permohonan boleh dibuat mulai Januari 2012 di SPNB
4. Pertanyaan lanjut sila hubungi Jabatan Rumah Mesra Rakyat
di talian 03-2681 0180.
Fakta
Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)
1. Siapakah yang layak memohon?
· Warganegara Malaysia yang berpendapatan tetap dibawah RM6,000 dan kebawah
· Penjawat awam dan swasta
2. Bagaimana program ini berfungsi?
· Pemaju (PR1MA Corp) akan membina rumah kediaman dan menjualnya dengan harga yang lebih rendah dari harga di pasaran. Pemohon boleh membuat permohonan pembelian rumah terus dengan PR1MA
3. Dimanakah program ini akan diadakan?
· Pada masa ini, projek PR1MA akan dibina di Putrajaya, Cyberjaya, Ara Damansara (Petaling), Bandar Tun Razak (Cheras), Putra Heights (Subang Jaya), Bandar Bukit Raja (Klang), Kota Elmina (Sg Buloh) dan Sg Besi (Kuala Lumpur).
4. Syarat-syarat lain?
· Pembeli hendaklah seorang pengundi berdaftar di kawasan PR1MA tersebut
· Pembeli hanya boleh menjual semua unit perumahan mereka selepas 10 tahun