Pages

Thursday, December 22, 2011

SBPA ditangguh

Media melaporkan Cuepacs membuat pendirian tegas meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan SBPA, yang akan dikuatkuasakan 1 Januari ini.

Badan induk itu mendakwa pihaknya “amat kesal” kerana kerajaan dan JPA tidak mengadakan langsung perundingan dengan Cuepacs sebelum menggubal dan melaksanakan SBPA.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata, kerajaan seharusnya memastikan setiap anggota perkhidmatan awam, menerima maklumat yang tepat dan mendalam sebelum menerima opsyen pelaksanaan SBPA.

Sehubungan dengan itu:

PERDANA MENTERI SETUJU TANGGUH SBPA - OMAR OSMAN

Utusan Malaysia
22/12/2011 12:53pm

PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.

Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari.

Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu. - UTUSAN

P.S: SBPA automatik keatas saya..sooo terima je lah without sign...huhuuuuu

.

1 comment: