Pages

Thursday, April 12, 2012

BattleShip movie

Semalam sempat jua kami sekeluarga nonton citer yang diwar-warkan best oleh kemal masri (best ker) ….berkejaran aku dan wife naik moto dalam masa 10 minit, ke Alamanda nak keja timing wayang kul 10 masuk panggung…tetapi apa yang aku boleh katakan kat filem tu: emmmm not bad….3 bintang***

BattleShip 2012 mungkin yang selama ini korang pernah dengar adalah seri video game FPS kan…emm aku manalah tahu, dasar x minat main game lah katakan, namun sekarang korang boleh menikmati siri game ini pada film beb..

Film ini adalah filem terbitan Universal Pictures dimana hasil garapan dari sutradara terkenal iaitu Peter Berg (salah satu sutradara pembuatan film “TRANSFORMER 3”)...


Sinopsis BATTLESHIP

Filem ini merupakan kisah pertempuran manusia dan alien yang tiba-tiba menyerang bumi. Ianya berlaku di Kepulauan Hawaii, dimana sebuah armada angkatan laut internasional yang dalam siri latihan di Pearl Harbor terlibat dalam pertempuran yang sangat dinamis dan intens terhadap ras alien yang dikenal sebagai "The Regents".

Alien datang ke planet Bumi, dalam sebuah misi untuk membangun sumber daya di laut.
mereka datang dan mahu melakukan transmisi
(apatah-laser je aku nampak) dengan armada angkatan laut. Pertempuran berlaku dan semua ini dipertanggungjawabkan kepada HoOper yang sangat x bersistematik dalam perancangan..tetapi di pertengahan cerita plot semakin menarik apabila Hooper dengan peracangan yang rapi akhirnya…..(Sterotaip lah kan endingnye- korang tengok nanti)

Film ini dibintangi oleh Taylor Kitsch, Alexander Skarsgård, Brooklyn Decker,Rihanna dan Liam Neeson.

p.s: moral value..kita janganlah tamak kuasa, harus terima kelemahan diri dan bantuan orang lain jika perlukan bantuan….

Dalam citer tu ada sebut salah satu navy dari MALAYSIA…tapi x tunjuk pulak mukanye….he..he




Sumber Picture: pakcik Google

1 comment:

  1. Memetik ayat ko d baris pertama sekali
    "sempat jua kami sekeluarga nonton citer yang diwar-warkan".. sekeluarga ke?? bunyi cam bawak anak2 je bhai. hahaa

    ReplyDelete