Pages

Tuesday, October 23, 2012

MALAYSIA CAPAI STATUS NEGARA TUA 2030

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata Malaysia perlu bersiap-sedia sebelum mencapai status negara tua yang dijangkakan pada tahun 2030 nanti apabila mencecah kadar 15 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk.

Berucap sempena sambutan Hari Warga Emas di Hotel Palace of the Golden Horses, PM berkata atas faktor tersebut kerajaan telah mengambil pelbagai pendekatan untuk menyiapkan negara bagi berhadapan dengan cabaran tersebut.
Antara pendekatan tersebut ialah dengan menggubal umur persaraan bagi kakitangan awam dan swasta, penggubalan Peraturan Kerja (pekerja separa masa) dan menerusi pemberian bantuan dan insentif seperti pembentangan Bajet 2013.

--------------------------------------------------------------------

Seorang ibu mampu menjaga 10 anak, namun 10 anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu - ungkapan yang biasa didengar tetapi tidak semua memahami atau mungkin buat-buat tidak faham makna yang tersirat di dalamnya.

MENJAGA warga tua atau ibu bapa yang sudah lanjut usia bukan masalah individu, sebaliknya melibatkan semua pihak terutama institusi keluarga, masyarakat dan kerajaan.
Bahkan jika dilihat penggunaan terma penjaga itu sendiri, ia meliputi tanggungjawab semua pihak dan terdapat banyak bentuk penjaga.

Apa yang boleh saya katakan pada masa mendatang Negara kita akan mempunyai ramai orang-orang tua…kalau ikutkan tahun 2030 tu aku pun da kira tua…umur daa lewat 50an dahh

apa yang saya ingin tekankan kepada diri saya dan rakan sekalian adalah hendaklah kita menjaga orang tua kita sebaiknya..kerana besok-besok pun jua kita akan menjergah ke usia dewasa ini 


Sesi lawatan amal tempoh hari (19.10.2012)


Gini ker aku dikala usia tua esok-esok

1 comment: