Pages

Friday, May 20, 2011

Pulangnya Hantu Kedai Wak Jabot

hu..hu minggu ni memang sibuk dengan perancangan kerja..antara nya kena lapor diri kat new kementrian..then malam tu plak ada majlis persaraan bos..then tuk pementasannya..Bahagian kami akan mempersembahkan teater Scary dowhh..hasil perbincangan bersama, saya telah menerbitkan cerita akan seperti berikut...

-----------PULANGNYA HANTU KEDAI WAK JABOT----------

Scene 1 – WARUNG WARK JAY BOOT
PHKWJ mengisahkan tentang Wak Jabot yang membuka gerai kopi WARK JAY BOOT di hujung kampung. Kisah bermula apabila Pak Mat dan Pak Shool datang ke kedai Wak Jabot secara termengah-mengah seperti melarikan diri daripada sesuatu.

Pak Mat mula menceritakan kepada Wak Jabot dan Pak Shool akan pengalamannya melalui kawasan rumah Zack.

Di mana, semasa melalui halaman rumah Zack, Pak Mat melihat................

Scene 2 – HALAMAN RUMAH ZACK
Zack mengetuk-ngetuk pintu rumahnya semasa pulang dari kerja pada pukul 1 pagi. Tetapi pintu rumah tidak dibuka oleh isterinya Aci, kerana sedang digangu oleh hantu Kak Limah dan hantu kerangka di dalam rumah........

(sepanjang penceritaan : lagu aci-aci buka pintu dimainkan)

Scene berakhir dengan hantu mengejar pasangan zack dan aci hingga ke belakang pentas.

Scene 3 – WARUNG WARK JAY BOOT
Pak Shool yang tidak tertarik dengan cerita Pak Mat yang tidak seram, menceritakan pula pengalaman isterinya Jenab yang diganggu oleh hantu Karipap.

Scene 4 – RUMAH PAK SHOOL
Jenab yang sedang asyik membuat karipap tempahan terkejut apabila rumahnya didatangi seorang wanita yang membawa bakul. Tanpa diduganya, wanita tersebut cuba untuk mempengaruhi Jenab untuk membeli karipap jualannya, mengambil kesempatan tersebut Jenab pula menjual karipapnya kepada Wanita tersebut.

Scene 5 – WARUNG WARK JAY BOOT
Suasana kedai Wak Jabot menjadi huru-hara apabila hantu-hantu yang diceritakan oleh Pak Mat dan Pak Shool datang ke warung Wak Jabot dan menghantui mereka semua.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satu pun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu kedai Wark Jay Boot tersebut? Temui jawapannya dalam ‘Pulangnya Hantu Kedai Wark Jay Boot ’ di Dewan Utama pada 19 Mei ini.

No comments:

Post a Comment