Pages

Friday, May 20, 2011

Teater " Di Mana Ecah"

hu..hu..jika entry dula saya buat pasal persembahan yang akan diadakan dulu adalah Pulangnya Hantu Kedai Wak Jabot ...sayangnya ceter tu x jadi tuk dipentaskan..sebab ada cter lagi best telah digarap dan diberi oleh boss..skali lagi aku ditugaskan untuk menghasilkan jalan ceriter dan a few skrip cerita tersebut..

Cerita ni diberi nama "Dimana Ecah" then dengan giler kuasanya aku lah pengarah bersama, penulis skrip, pelakon orang kampung dan watak best yang lagi hebat dalam cerita nie..yakni Bomoh handalan..hu..hu

Sepanjang penceritaan, penonton duk gelak sakan..best woo..and most yang datang, cakap best..

--dibawah adalah jalan cerita "Di Mana Ecah"---

-----------DI MANA ECAH?----------

“Di mana Ecah” mengisahkan pencarian penduduk Kampung Senduduk terhadap seorang kanak-kanak bernama Ecah. Misteri bermula apabila Ecah yang tersesat di kawasan kubur diganggu oleh hantu-hantu Kak Limah, Hantu Karipap, Hantu Pocong, Hantu Mumia, Hantu Cina dan Hantu Puntianak. Walau bagaimanapun, semua usikan hantu tersebut tidak menakutkan Ecah. Pencarian Ecah berjaya, apabila penduduk kampung mendapatkan pertolongan daripada Bomoh Siam handalan dan kesemua hantu dapat ditewaskan.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Scene 1 – WARUNG WARK JAY BOOT
Kisah bermula apabila Kedai Wak Jabot didatangi segerombolan orang kampung secara termengah-mengah seperti mencari sesuatu yang hilang.

Pak Mat dan Isterinya Jenab memberitahu bahawa anaknya Ecah hilang sejak Senja tadi hingga sekarang dan menyeru untuk semua orang kampung bersama-samanya mencari Ecah di sekitar kampung.

Orang-orang Kampung mula mencari Ecah di segenap pelosok tempat tetapi tidak jumpa.

Scene 2 – ECAH MERAYAU
Ecah yang tersesat telah melalui kawasan hutan tebal, kawasan rumah yang ditinggalkan dan kawasan perkuburan tanpa arah tujuan. Akibat keletihan Ecah berehat di kawasan kubur tanpa menyedari akan tempat tersebut berhantu.

Sedang Ecah berehat di kawasan tersebut satu persatu hantu datang menghantuinya, dimulai dengan hantu Pocong, diikuti hantu Mumia, Hantu Cina, Hantu Puntianak dan Hantu Karipap tetapi kesemua hantu-hantu tersebut tidak dapat menakutkan Ecah. Seterusnya Hantu-hantu tersebut bersepakat untuk memanggil ketua Hantu iaitu Hantu Kak Limah bagi menakutkan Ecah.

Hantu Kak limah datang untuk menghantui Ecah tetapi tetap tidak dapat menakutkannya. Lalu terus berputus asa dan mengajak Ecah untuk bermain Enjet-enjet semut.

Sedang mereka semua sedang asyik bermain, tiba-tiba....

Scene 3 – PERTARUNGAN BOMOH DAN HANTU
Orang Kampung datang bersama Bomoh siam handalan Kampung dan Bomoh tersebut mula membaca jampi serapah untuk menghalau Hantu-hantu terbabit.

Dengan kuasa Bomoh tersebut semua hantu-hantu berjaya dihalau menjauhi Ecah.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Siapakah Hantu itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu-hantu tersebut? Dan Apakah kuasa yang dimiliki Ecah sehinggakan hantu tidak berjaya menakutkannya. Temui jawapannya dalam ‘Di mana Ecah’ di Dewan Utama pada 19 Mei ini.

No comments:

Post a Comment