Pages

Wednesday, December 28, 2011

Menguruskan badan!

makan oo makan....

sejak dua menjak ni..dah bermenjak aku rasa...asikkk makan je keja aku...mana x nyerr berat badang kebabowww menaikk..wuhaaa...ilang la seri aku nanti...soo dalam pada nak menguruskan badan aku ni...so aku planing nak makan buah je as makan malam , makan pagi stoppppp.... makan tengahari pulakk boleyla bedal nasi....

Aikk makan nasi jugak: mana taknye suruh aku kebulur dah la tido perut berbunyi krokkkk-krokkk..pagi-pagi gi keja x makan...so tengahari nak makan la jugak aku ni... makan dengan berwaspada....




p.s: korang doakan aku kurus sedia kala....apalah nasib diriku yang malang ooo tuhannnnn...asik nak makan sahaja...cowww peot dah lapoooo

.

Kejamnya akuuu

lumrah hidup manusia..x penah nak puas apa yang dah ada...aku rasa pun tergolong dalam group ini...yer lah..dah ader menda tu nak menda lain..dah dapat menda t u nak menda ni pulakkk... contohnya dah ader keja ni..gatal-gatal cari keja lain....cekau sana cekau cni last-last semua melanyang..habuk pun tarakkk...poiii...poii..

okes bersempena azam baru ni...saya nak berubah dah...tak nak dah cekau sana-cekau cni...nak maintain je apa yang dah ada...



p.s: batu..ku titipkan batu gemila sakti keatasku agar ku berseri selalu....

Tuesday, December 27, 2011

First time mai Putrajaya

boley tak nak tipuuu..

first time...datang ke putrajaya....wah lawanyaaa....




p.s: padahal hari-hari duk ngadap bangunan kat putrajaya nihhh...hu..huuuu

.

Genting outdoor Photoshoot

boley tah sambil tunggu bas pulang dari genting, nak photoshoot kat belakang bus station....boley kannnn...makanya dengan tanpa segan situ saya bergambar disituuuu....




Jalan-Jalan Di Kuala Lumpur

last week famly datang ke KL...makanya saya as tourist gurd + abang bawak-bawak tengok Kuala Lumpur, padahal dan brape kali dah mai cni...ini KL...Here im Come....

tunggu erl

depan KLCC x penah main cniii bergambar..berzaman duk KL

adik n spupu.....

ayah n maaa


kak ipar n adik-adiknya


abang n wifenya....



--------makan-makan time----





poning kepa den..nak poi mane lagi ekkkkk...


.

Nantikan BioHero keluaran Jan 2012

Dalam BioHero keluaran Jan 2012..nantikan...hu..hu.....

p.s; nak bli then tampal kat bilik buat kenangan..hu..hu

.

Friday, December 23, 2011

Wedding Card - Kad Kawin


sape nak datang wedding umah saya print sendiri...alamat umah tersebut.. :P
kita buat stail jimat sikit.....hu.huuu



Thursday, December 22, 2011

SBPA ditangguh

Media melaporkan Cuepacs membuat pendirian tegas meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan SBPA, yang akan dikuatkuasakan 1 Januari ini.

Badan induk itu mendakwa pihaknya “amat kesal” kerana kerajaan dan JPA tidak mengadakan langsung perundingan dengan Cuepacs sebelum menggubal dan melaksanakan SBPA.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata, kerajaan seharusnya memastikan setiap anggota perkhidmatan awam, menerima maklumat yang tepat dan mendalam sebelum menerima opsyen pelaksanaan SBPA.

Sehubungan dengan itu:

PERDANA MENTERI SETUJU TANGGUH SBPA - OMAR OSMAN

Utusan Malaysia
22/12/2011 12:53pm

PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.

Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari.

Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu. - UTUSAN

P.S: SBPA automatik keatas saya..sooo terima je lah without sign...huhuuuuu

.

Monday, December 19, 2011

Tahniah Cik Tunangan


Khas kepada cik Tunangan yang bakal mejadi Cikgu huu..hu..selamat anak-anakku ibunya cikgu, senang ayahnya tak payah ajar banyak2....



result Cikgu tersebut...tahniah sayang
Alkisah : cik tunangan adalah seorang guru GSTT dan hari ini adalah keputusannya setelah bertahun d pulau Ketam..




then apa kaitan gambar lain tuuu....itulah berkat orang nak kawin kannnnn
amin....tunggu B punya turn pulak sayanggg....

.

Friday, December 16, 2011

Pesakit pengantin baru



hu..hu saje nak post pasal seorang pesakit di Hospital Kuala Lumpur...Honeymoon kat spital pulopppp....berehatlah secukupnya di hospital berkenaan dengan tempat tinggal, makan minum ditanggung....moga cepat sihat n sembuh seperti sediakala....


melayari perasaan sesorang....(kebosanan dalam spital)




makan-makan bersama wife..hmmm tunggu wife dia datang baru nak makan...



me: interframe....bye-bye (x mo sakit2 -kalau sakit best orang jaga)

.

Thursday, December 15, 2011

Rambut baru - alangkah best

lau rambut macam ni kan best.....macam "batu" sikit rase..apakan daya kerjaya menghalang pulakkk....

Tuesday, December 13, 2011

Insentif tunai RM500 a.k.a Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

Insentif tunai RM500


Siapa yang layak memohon?

· Isi rumah warganegara Malaysia berpendapatan bulanan RM3,000 dan kebawah. Isi rumah merujuk kepada:

· Suami & Isteri

· Individu (bujang, duda, ibu tunggal)


Bila dan Bagaimana untuk memohon?

· Permohonan boleh dibuat mulai Januari 2012 (Pihak Kerajaan akan memaklumkan di media massa)

· Mengisi borang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan menyatakan pendapatan dan akaun bank. Borang boleh didapati di pejabat LHD berhampiran dan LHDN akan mengadakan roadshow ke segenap kawasan.

· Bagi yang bekerja dan pesara Kerajaan, dikehendaki untuk mengemukakan penyata gaji dan penyata pencen bulanan.

· Bagi yang bekerja sendiri dikehendaki untuk menyatakan anggaran pendapatan bulanan sahaja

· Bagi yang tidak bekerja, dikehendaki untuk menyatakan anggaran pendapatan bulanan sekiranya ada.


Berapa lamakah tempoh masa diambil untuk mendapat insentif dan bagaimana?

· Proses daripada pendaftaran hingga duit dimasukkan ke dalam akaun dianggarkan mengambil masa 2 minggu (14 hari)

· Insentif tunai boleh diterima melalui:

· Kredit terus ke akaun bank penerima

· Melalui pejabat pos


Kenapakah LHDN dipilih sebagai agen pelaksana?

· LHDN mempunyai sistem yang komprehensif dan stabil serta dapat dihubungkan dengan sistem agensi-agensi lain seperti JPN, JPJ, KWSP dan e-kasih.

· Supaya pelaksanaan ini dapat dilaksanakan dengan berkesan, telus dan segera.

· Memudahkan Kerajaan untuk menyalurkan bantuan pada masa hadapan dengan menggunakan pangkalan data sedia ada.


Fakta:

· Insentif ini merupakan pemberian one-off kepada semua isi rumah warganegara Malaysia berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.

· Seramai 3.4 juta isi rumah atau 53% daripada keseluruhan isi rumah akan mendapat manfaat

· Penerima bantuan kebajikan sedia ada (seperti bantuan kemiskinan, e-kasih, ibu tunggal, OKU) juga layak untuk menerima insentif ini












Wednesday, December 7, 2011

Ujian Personaliti Cikgu mara

Dah setahun berlalu (2010) pengalaman menjawab soalan bagi ujian personaliti Cikgu Mara nie..kali ni (2011) aku kena berdepan kembali dengan soalan-soalan ni....emmm kalu ikutkan dulu memamg mudah je...ya..atau tidak pilihan jawapan nyee.....(sett n goooo)

Belangsukawa 2010...aku dah...
***penah lulus exam .....
***gi microteaching kat MRSM Kota Putra, bagai
***gi interview di Medan Mara KL, pastu
***ditawarkan posting kat MUKAH
***aku tolak mentah-mentah tawaran ....
**pastu sekarang aku apply semula..ibarat

diludah jilat kembali....erkkkkkk..busukkkkk.......

Kenapa reason aku appy semula post ni?:
1. Sebab gov da ada SBPA..cepat naik wehh walau skim ape pun... (so boleh lepaskan skim M41 ni..)

2. Sebab mengajar memang jiwa aku...(dengan skim sekarang pun kena ngajar..tapi student urhhh payah nak pahammm- then byak songehh)

3. Suka hati akulah kan..nak tukar punnn (ni yang utama aku nyer reason..ha..ha)

okes sedikit info pasal exam a.k.a Ujian Personaliti Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) ni



1.

Calon yang memohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) perlu melalui 3 sesi penilaian dan tapisan sebelum di tawarkan jawatan Guru/Pensyarah MARA


2.

Sesi penilaian tersebut adalah seperti berikut :-
Sesi A : Menduduki Ujian Personaliti
Sesi B : Micro Teaching / Amali Pengajaran
Sesi C : Temu Duga


3.

Calon yang berjaya dalam ujian personaliti sahaja yang akan dipanggil ke sesi penilaian Micro Teaching/ Amali Pengajaran.



4.

Calon dikehendaki membuat semakan dari semasa ke semasa di laman web mara.gov.my bagi mengetahui status panggilan layak atau berjaya ke sesi penilaian seterusnya untuk mengetahui maklumat mengenai pusat dan masa penilaian.




NOTA :

1. Calon yang menduduki kertas Ujian Personaliti dikehendaki membawa slip panggilan ini sebagai bukti menduduki ujian.

2. Calon hendaklah bawa bersama salinan sijil – sijil penglibatan dalam aktiviti ko-kurikulum atau sijil kecemerlangan persatuan atau pertandingan yang mendapat pencapaian cemerlang dan terbaik di peringkat Universiti (antarabangsa/negeri) atau Sekolah Menengah sahaja.

3. Format ujian adalah berbentuk soalan objektif, masa yang diperuntukan ialah 45 minit, calon hendaklah hadir 30 minit awal sebelum masa ujian.

4. Kertas ujian tidak dibenarkan dibawa keluar dari dewan peperiksaan dan tidak dibenarkan menulis atau menconteng pada kertas soalan.

5. Sebarang masalah atau pertanyaan sila hubungi urusetia Bahagian Sumber Manusia MARA di Unit Pengambilan dan Penempatan di talian 03 261 34425/34431

*** x payah susahkan diri be yourseft je.....aku masuk main tanda je semua...lantaklah...antara soalannye...

1. anda suka kanak-kanak (Ya @ tidak)

2. saya sudah berpuas hati setakat kerja dapat diselesaikan ( setuju @ tidak setuju)

3. saya rela membantu dalam kerja-kerja sosial ( setuju @ tidak setuju)

4. saya rasakan ramai orang yang suka berkawan dengan saya
( setuju @ tidak setuju)

5. Jika kemalangan berlaku, saya rela korban diri untuk menyelamatkan nyawa kawan
( setuju @ tidak setuju)

6.
Jika berusaha, tentu ada hasil yang diharapkan
( setuju @ tidak setuju)

----------------------------------------------------

Belangsukawa interview Cikgu Mara 2010:



..

Friday, December 2, 2011

Genting Highland time!

Beberapa minggu lepas kami sekawan telah pergi ke Genting Highland..sedikit review kepada perjalanan ke Genting ni….

Planning bermula dengan idea daripada En Azlan yang ajak2 ke genting…maka dibelinya tiket kesane.dalam RM47 gtu…..

Pastu pergilah kami kesana..disana emmmm main sakan kalahkan bebudak lagi…ader yang x nak main takottttt….

Disana barulah aku mengerti akan

“SESAL DAHULU PENDAPATAN SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA LAGI ”


----------------------------------



mula-mula naik skyway dulu....

-----------------------------

pastu sampai sana trus main permainan ni....













masa duk beratur..mak aiii panjang giler dowhhh..almaklumlah weekend kannn..ingat ko je ke nak main2...

demmm dah macam geng 6 jahanam..(termasuk tukang ambik gambar)


masa nak pegi ke theme park tuu..sempat lagi snap2 dua...


cafe LONDON mai...


time beratur nak main roller coaster..pun panjang jugak..tapi berbaloiiii

as DIVA...katanya....


dammm..ni lah namanya sesal dahulu pendapatan....sesal kemudian tidak bermakna lagi


snap2 tepi aladin....(yer ke nama aku bagi tuuu)




rumah hantu yang menakutkannn...*grmmmmmm



snap-snap masa nak balik (Kecuali sorang x de yang nyaris ditinggalkan....)





bye-bye