Pages

Wednesday, December 19, 2012

Orang Kampung

Memandangkan akan ada majlis makan malam besok di opis, dengan bertemakan Orang Kampung...
lani aku ni keliru pulak nak bawak watak camne....satu tok bomoh...& satu lagi ganster kampung....

Camno Ehhhhhhh...apo den nak pakai lorr nanti





Friday, December 14, 2012

Produk jualan korang

emmmm semalam tertengok pack kuih ni kat dapur umahh........arhhhh macam-macam nama pun ada kat pasaran sekarang nie.....

emmmm kalu aku lah bukak kedai/ barang nak namakan apa ekkkk barang/kedai aku nanti.....

p.s: biar nama sesedap rasa

Monday, November 5, 2012

Forum Perundangan Islam


Jempulah lahhh ekkk semua.

SYUKUR PADAMU TUHAN


  

SYUKUR PADAMU TUHAN

Salam hadirin dan hadirat sekalian..hmmm kali ni saya nak berkongsi kisah saya pada minggu lepas..yakni hari Ahad tanggal 4 November 2012…

Jam 9.00 pagi
Bangun bagi bersiap-sedia untuk ke Nilai 3 seperti yang dirancang seminggu yang lalu..bagi mereka yang tak tahu Nilai 3 merupakan Pusat Sehenti (One Stop Centre) bagi jualan borong, dan syurga membeli belah kepada para pelancong yang menawarkan pelbagai barangan dan pakaian pada harga yang berpatutan. Terletak di Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus Pasar Borong Nilai 3 boleh dikunjungi melalui susur keluar di laluan Lebuh Raya Utara – Selatan (ambil susur keluar ke Nilai / Pajam / KLIA). Jarak dari Kuala Lumpur ialah 45 km, dari KLIA 25 km, dan dari Tol Nilai hanya 7 km. Pasar Borang Nilai 3 juga boleh dikunjungi melalui Lebuh Raya LEKAS. Jarak dari persimpangan Lebuh Raya LEKAS adalah 8 km.

Jam 10.00
Bergerak keluar ke jalan    Utama Putrajaya dan perancangan utama kami sekelurga ingin mendapatkan makanan sekitar Presint 18..hhmmmm kelihatan kon-kon oren disekitar tepi jalan…semakin kami meneruskan perjalanan kon-kon tersebut semakin banyak dan memgambil separuh daripada jalan-jalan tersebut……….Alamak jalan utama dan lain-lain jalan ke present 18 di TUTUP dek kerana:

 

Larian Malakoff : Penganjuran kali ketiga oleh Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) mengekalkan dua jarak yang berbeza iaitu 12 dan tujuh kilometer, dengan larian 12 kilometer di sekitar Putrajaya dengan menampilkan enam kategori sementara larian tujuh kilometer empat kategori. Peserta yang menyertai larian ini bukan sahaja di kalangan orang tempatan, saingan sengit bakal tercetus dengan kehadiran pelari antarabangsa terutamanya dari Kenya, Australia dan Kanada. International katanya ko…sampai tutup jalan semua bagai..nak ke mamak present 9 pun di tutup jugak

 

..last2 aku bergerak ke terus ke nilai 3 dengan niat ingin berhenti pada mana-mana sahaja kedai disekitar tepi jalan kelak…

Jam 10.30 pagi
Gate 1 Putrajaya: Makan nasi berlauk kan ikan tongkol dan nasi kerabut…I’m recommended beb sedappppp..tapi macam mahal sikit…

Jam 11.00 pagi
Dah sampai ke Nilai 3 mencari 2 item utama si Sayang Fadzlina Che Ismail
1.    Cermin besar
2.    Selimut LV
Pusing-pusing, beli..shoping bagai dah dekat jam 2.45 petang..SELESAI!!!!!!!..hurhhh penat bagai dan masa untuk pulang sudah kunjung tiba…

Jam 2.55 petang
Penumpang DBY    :           B kita nak terus balik ker nak semayang dulu ni?
Pemandu DBY         :           hmmm kita terus balik la..sempat ni..malas nak tukar baju & nak kejar timing takut ujan tu…

Jam 3.15 petang
Hujan turun dengan lebatnya sehingga kan tidak menampakan keadaan jalan-jalan di hadapan…..air hujan kelihatan berlalu deras membawa sampah sarap..daun-daun dan kayu-kayu kecil ke tepi jalan……..Zrekkk-zrekkk kedengaran bunyi wiper kereta membidas jujuran air dihadapan cermin kereta, hujan pula semakin deras mencurah di bumi yang subur ini, kulihat kebelakang…..hmmm tiada kereta melalui jalan yang sunyi ini…

tiba-tiba kedegummmmmmmmmmmmmmmmmmmm……………………………………………………             

Ya Allahhhhhhh….

Kereteku menjunam kelopak dan tiada arah tujuan seketika……dan kelihatan penutup tayar kereta ini berpusing ke tepi jalan………lalu lantas aku memberhentikan kereta dan bertenang seketika sambil mengucap dan berselawat…..Yaa Allah aku tidak melihat akan lubang besar dihadapan kereta aku tadi sehinggakan aku merempuhnya….lalu lantas aku mengambil payung..untuk melihat keadaan keretaku ………………………………payung yang kucapai pada bahagian belakang kereta dibuka…iyahhhhh-iyahhhhh zrappppppppp….payung tersebut terbuka terbalik dengan keadaan mencapah keatas…kubaiki payung tersebut dalam keadaan hujan mencurah dan aku kebasahan…..

 

Aku memerhati Keadaan tayar kereta…

Apa yang kudapati keretaku  TIDAK mempunyai penutup dan sedikit kemek pada bahagian rim nye sahaja..alhamdulillah, syukur kupanjangkan kepadamu Tuhan…dan berlalu aku pergi mendapatkan penutup tayar yang berada di dalam lopakan air sebelah jalan.

 


Jam 3.25 petang

                            

Perjalanan diteruskan dalam keadaan bajuku yang sedikit kebasahan…..dan kelihatan tol dihadapan…………. dan kami menggunakan perkhidmatan  touch n go untuk melancarkan perjalanan (bagi mengelakan kesesakan bayaran memandangkan hujan lebat dan agak galak kali ini)
 
Perjalanan kami ditanggungkan bagi menyelesaikan tugasan utama.iaitu sembanynag yang kami tanggungkan tadi
……terdetik dihati kami inilah mungkin dugaan yang Allah turunkan agar kami mendahulukan amanahNya terlebih dahulu…


                                             
--Solat---

Ku panjatkan kemaafan dariya dan solat hajat agar semuanya dipermudahkan olehNya…

Jam 3.35 petang
Kami meneruskan perjalanan tadi dan kereta yang diparking dihadapan tempat solat ditujui…dengan tangkas aku dan dia menaiki kereta dan memulakan perjalanan…dalam lebih kurang 50 meter dari tempat parking tadi…tiba-tiba….
Tioooongggggg-tiongggggg..lipppp----lappppppp keretaku berbungi dengan kuatnya….

Terus aku mencapai lampu kecemasan….dan matikan enjin kereta…dan bunyi Tioooongggggg-tiongggggg..lipppp----lappppppp masih lagi kuat menderauuuu….

 

Aku hidupkan enjin, terus bergerak dan parking dihadapan….mujurlah Allah permudahkan urusan aku dengan adanya parking yang hanya betul-betul dihadapan keretaku (walaupun keadaan tempat parking tersebut dalam kondisi sesak!!!!!!!!)….

Aku parking..matikan enjin dan memeriksa keadaan kereta…hmmm pelikkk semuanya dalam keadaan okey ni..dan bunyi tersebut telah hilang…senyap membisu terus !!!!!!!!!!!!….


Jam 3.35 petang
Aku bertekat meneruskan perjalanan….doa dipanjatkan tanpa henti disepanjang perjalanan….(radio langsung tidak dihidupkan)….

Kelihatanb bas berada dihadapan keretaku

                                                    

dan aku mengekori memandangkan darah masih menderau laju dengan peristiwa – peristiwa menduga kami sebentar tadi….keadaan bas yang tinggi agar sukar bagiku membaca arah tuju di jalan raya….dengan perlahan kami mengekori bas menghala ke simpang…alamakkkkkkkkkkkkkkk

Tersilap masuk simpang pulak…..dan jalan mula membulatttt….dan bas tiba-tiba memasang lampu kecemasan dan seakan senget sedikit….terus ku pecut meninggalkan bas yang keihatan telah mematiikan enjinya itu…(rosak kot)

Dan aku meneruskan perjalanan yang berbaki 30 minit, 27 km pada skrin GPS keretaku, tempoh perjalan telah bertambah memandangkan jalan yang bakal kami lalui ini agak jauhhh….Jalan masih lagi licin dan kereta-kereta lain mula memecut laju meninggalkan kami…sengaja aku memandu dalam keadaan perlahan bagi mengelakkan bencana mendatang….

Jam 3.45 petang
Kelihatan tol putrajaya dan kupanjatkan syukur dihadrat illahi dan jalan yang bakal dilalui ini adalah jalan-jalan biasa kulalui…..

masuk ke line touch n go…dan ketik-ketik ku pamerkan kad pada skirn pembaca….dan apa yang tertera…..amaun tidak mencukupi…30 sen….

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Kereta lain mula bersusun di belangku (maaf saya yang menyebabkan anda bersesak)….

                         

dan tiba-tiba………………….

Datang pembantu tol dan aku berikan 30sen yang sangat bermakna itu kepadanya 
                           
dan penghadang terbuka..apa yang aku harapkan bukaann penghadang ini membuka nasib aku yang malang dan meninggalkan terus musibah sepanjang perjalanan kami tadi
…………………………………………………………………………………………………..
---------BERSAMBUNG-------

Tuesday, October 30, 2012

Aku Terima Nikahnya

Nora Danish dan Adi Putra kembali digandingkan dalam filem terbaru arahan Eyra Rahman bertajuk Aku Terima Nikahnya. Filem ini ditayangkan di pawagam bermula 11 Oktober 2012.
Antara pelakon lain yang membintangi filem Aku Terima Nikahnya ialah, Mon Ryanti, Azrel Ismail, Alex Yanz, dan Kamal Faridz.

Sinopsis Filem Aku Terima Nikahnya
Aku Terima Nikahnya merupakan kisah cinta tragis di antara Johan (Adi Putra) dan Arlisa (Nora Danish) yang berhadapan dengan dugaan terbesar dalam hidup mereka. Johan dan Arlisa baru sahaja selamat diijabkabul dan seperti pasangan lain, mereka melalui bulan-bulan yang indah dalam hidup mereka.

Namun, tragedi yang tidak disangka-sangka menimpa Johan. Johan yang kemalangan disahkan mengalami Selective Amnesia yang mana dia ingat semua perkara hanya sehingga Johan berusia 31 tahun yang mana dua tahun sebelum dia mengenali Arlisa.
Johan yang langsung tidak mengingati Arlisa bertindak menjauhkan diri daripada isterinya sendiri. Namun Arlisa tidak pernah putus asa berusaha supaya Johan mengingati dirinya semula. Pertemuan Johan dengan Suriya (Mon Ryanti), kawan baik Arlisa menyebabkan Arlisa cemburu.

Johan lebih mesra bergaul dengan Suriya berbanding dirinya, isteri kepada Johan. Sehinggalah satu hari Arlisa terserempak dengan Suriya dan Johan dalam keadaan yang mencurigakan.
Arlisa mula berasa penat untuk mengejar Johan yang tidak pernah menghargai dirinya.




PE3

Sinopsis PE3

PE3 mengisahkan tentang kumpulan rompakan berprofil tinggi yang diketuai oleh Megat. Aktiviti rompakan yang dilakukan oleh kumpulan ini turut dibantu oleh orang kanan Megat iaitu Fumi, Siva, Chat dan Jerry.

Kesemua mereka ini mempunyai kepakaran dan keistimewaan masing-masing. Jerry seorang yang mahir dalam mengendalikan perisian komputer. Chat dan Siva pula merupakan anggota kumpulan yang patuh terhadap arahan ketua mereka.

Dalam pada itu, Megat turut mempunyai seorang pembantu yang turut sama melancarkan setiap rompakan yang dirancang iaitu Fumi. Kemasukkan Fumi dalam kumpulan ini bermula setelah beliau berkahwin dengan Lina, adik kandung Megat.

Megat sentiasa menyusun dan merancang aktiviti rompakan yang memberi pulangan tinggi kepadanya. Antara aktiviti yang dilakukan oleh kumpulan Megat adalah seperti merompak kereta mewah, merompak bahan-bahan yang berkaitan dengan alatan komputer, wang tunai dan sebagainya.

Memiliki kumpulan yang cekap dan licik membuatkan mereka sentiasa terlepas dari pihak berkuasa. Dalam masa yang sama berbagai kejadian berlaku. Namun ianya tidak mematahkan semangat mereka untuk terus menjalankan rompakan yang dirancang.


Hmmm bagi aku best ke tak citer ni hentah lerr sebab x tengok pun…tunggu main kat astrok je lerrrr



Betapa kurusnya farid kamil..bukan betapa gemuknyee aku okehhhh

Tuesday, October 23, 2012

Doa Untukmu Sayang


huhu entry kali ni saya ingin berkongsi doa amalan yang bagus untuk diamalkan setiap kali solat, khas buat si isteri yang hamil..semoga memberoleh keberkatan daripadaNYA.

--------------------------------------------------

DOA ANAK DALAM KANDUNGAN

" Ya Allah, Peliharakanlah anak kami selama ia berada di dalam perut isteriku Fadzlina, dan sihatkanlah dia, 
Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan  selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah, rupakanlah dan bentukkanlah anak kami yang ada di ada di dalam perut isteriku Fadzlina dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perut isteriku dengan mudah dan selamat. Jauhilah kesakitan daripada isteriku Fadzlina dan sembuhkanlah dia dengan cepat Ya Allah. 

 Ya Allah jadikanlah anak kami sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. 
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat nabi muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.. Amin...

MALAYSIA CAPAI STATUS NEGARA TUA 2030

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata Malaysia perlu bersiap-sedia sebelum mencapai status negara tua yang dijangkakan pada tahun 2030 nanti apabila mencecah kadar 15 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk.

Berucap sempena sambutan Hari Warga Emas di Hotel Palace of the Golden Horses, PM berkata atas faktor tersebut kerajaan telah mengambil pelbagai pendekatan untuk menyiapkan negara bagi berhadapan dengan cabaran tersebut.
Antara pendekatan tersebut ialah dengan menggubal umur persaraan bagi kakitangan awam dan swasta, penggubalan Peraturan Kerja (pekerja separa masa) dan menerusi pemberian bantuan dan insentif seperti pembentangan Bajet 2013.

--------------------------------------------------------------------

Seorang ibu mampu menjaga 10 anak, namun 10 anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu - ungkapan yang biasa didengar tetapi tidak semua memahami atau mungkin buat-buat tidak faham makna yang tersirat di dalamnya.

MENJAGA warga tua atau ibu bapa yang sudah lanjut usia bukan masalah individu, sebaliknya melibatkan semua pihak terutama institusi keluarga, masyarakat dan kerajaan.
Bahkan jika dilihat penggunaan terma penjaga itu sendiri, ia meliputi tanggungjawab semua pihak dan terdapat banyak bentuk penjaga.

Apa yang boleh saya katakan pada masa mendatang Negara kita akan mempunyai ramai orang-orang tua…kalau ikutkan tahun 2030 tu aku pun da kira tua…umur daa lewat 50an dahh

apa yang saya ingin tekankan kepada diri saya dan rakan sekalian adalah hendaklah kita menjaga orang tua kita sebaiknya..kerana besok-besok pun jua kita akan menjergah ke usia dewasa ini 


Sesi lawatan amal tempoh hari (19.10.2012)


Gini ker aku dikala usia tua esok-esok

Tuesday, September 18, 2012

Piranha mengganas

urhhh melahap betoii ikan-ikan ni...makan bukan main lagi menggalahkan piranha..saiz ikan ni..hmm tak payah nak cakap la besauu wehhhhh



tunggu turn nak nak boat




p.s.. untung jadi ikan pelihara ni..orang bagi makan je...naik jadi "anak ikan" lah best orang jaga kita jer....

Kudaku lari gagah berani

korang penah tak naik kuda..hurmmm seumur hidup aku lah...inilah kali pertama naik kuda...yuhaa....Pn Fadzlina...seungguh-sungguh yer paksa saya naik kuda nie...(baik tuk pinggan katanya)...



p.s> sambil naik sebut yuhaaaa..yuhaaaaaaaaaaaaa

Sejuknya Bukit ini


minggu lepas bersamaan dengan hari seMalaysia..sempat jua kami pergi ke sebuah bukit yang sejuk ini....khazah alam yang masih menghijau mengamit suasana...apatah lagi ditambah dengan suasana yang kedinginan, hujan renyai-ranyai sangatlah mencabar hati ini untuk tidur jer...









hurhhhh..sejukkkkk....

Tuesday, August 28, 2012

Kyra "Goo Green"

Tema pengambaran kyra kali ni adalah "goo Green", makanya dibelakang umah disebuah paya telah dijadikan tempat pengambaran..pokoknya disini tempat tiada halangan jika kehendak ingin dikecapi...
















Tuesday, August 14, 2012

Buat sendiri Kad raya







step by step rujuk:

http://irwanzul.blogspot.com/2011/08/cara-buat-sendiri-kad-raya.html