Nora Danish dan Adi Putra kembali digandingkan dalam filem
terbaru arahan Eyra Rahman bertajuk Aku Terima Nikahnya. Filem ini ditayangkan
di pawagam bermula 11 Oktober 2012.
Antara pelakon lain yang membintangi filem Aku Terima
Nikahnya ialah, Mon Ryanti, Azrel Ismail, Alex Yanz, dan Kamal Faridz.
Sinopsis Filem Aku Terima Nikahnya
Aku Terima Nikahnya merupakan kisah cinta tragis di antara
Johan (Adi Putra) dan Arlisa (Nora Danish) yang berhadapan dengan dugaan
terbesar dalam hidup mereka. Johan dan Arlisa baru sahaja selamat diijabkabul
dan seperti pasangan lain, mereka melalui bulan-bulan yang indah dalam hidup
mereka.
Namun, tragedi yang tidak disangka-sangka menimpa Johan.
Johan yang kemalangan disahkan mengalami Selective Amnesia yang mana dia ingat
semua perkara hanya sehingga Johan berusia 31 tahun yang mana dua tahun sebelum
dia mengenali Arlisa.
Johan yang langsung tidak mengingati Arlisa bertindak
menjauhkan diri daripada isterinya sendiri. Namun Arlisa tidak pernah putus asa
berusaha supaya Johan mengingati dirinya semula. Pertemuan Johan dengan Suriya
(Mon Ryanti), kawan baik Arlisa menyebabkan Arlisa cemburu.
Johan lebih mesra bergaul dengan Suriya berbanding dirinya,
isteri kepada Johan. Sehinggalah satu hari Arlisa terserempak dengan Suriya dan
Johan dalam keadaan yang mencurigakan.
Arlisa mula berasa penat untuk mengejar Johan yang tidak
pernah menghargai dirinya.