Dikesempatan nie nak wish selamat pengantin baru buat housemate Firul....then daa tinggallah dua orang je kat umah nie...Si Abang Mohd Akmal Masri bilakah lagi mau mengikut jejak adikmu ituu....
Pages
Tuesday, May 31, 2011
Housemateku Khawin
Dikesempatan nie nak wish selamat pengantin baru buat housemate Firul....then daa tinggallah dua orang je kat umah nie...Si Abang Mohd Akmal Masri bilakah lagi mau mengikut jejak adikmu ituu....
Monday, May 23, 2011
"MANISNYA" Weekend
dua-dua pic ni bukan that weekend diambilnya..
PIRATES OF CARIBBEAN
Can i help U..mungkin nampak couple yang sweet sangat, duk terkial-kial nak ambik post tapi gambar x menarik...thank Uncle...
post nie mintak tolong satu lagi Uncle...dier kata nampak kecik la..nak ambikkan sekali lagi ker..
Produksi "Di Mana Ecah"
Antara watak-watak yang ada dalam "Di mana Ecah"
BAPAK (PAK MAT)
HANTU POCONG
HANTU MUMIA
HANTU CINA
HANTU
BOMOH
Friday, May 20, 2011
Teater " Di Mana Ecah"
Cerita ni diberi nama "Dimana Ecah" then dengan giler kuasanya aku lah pengarah bersama, penulis skrip, pelakon orang kampung dan watak best yang lagi hebat dalam cerita nie..yakni Bomoh handalan..hu..hu
Sepanjang penceritaan, penonton duk gelak sakan..best woo..and most yang datang, cakap best..
--dibawah adalah jalan cerita "Di Mana Ecah"---
-----------DI MANA ECAH?----------
“Di mana Ecah” mengisahkan pencarian penduduk Kampung Senduduk terhadap seorang kanak-kanak bernama Ecah. Misteri bermula apabila Ecah yang tersesat di kawasan kubur diganggu oleh hantu-hantu Kak Limah, Hantu Karipap, Hantu Pocong, Hantu Mumia, Hantu Cina dan Hantu Puntianak. Walau bagaimanapun, semua usikan hantu tersebut tidak menakutkan Ecah. Pencarian Ecah berjaya, apabila penduduk kampung mendapatkan pertolongan daripada Bomoh Siam handalan dan kesemua hantu dapat ditewaskan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kisah bermula apabila Kedai Wak Jabot didatangi segerombolan orang kampung secara termengah-mengah seperti mencari sesuatu yang hilang.
Pak Mat dan Isterinya Jenab memberitahu bahawa anaknya Ecah hilang sejak Senja tadi hingga sekarang dan menyeru untuk semua orang kampung bersama-samanya mencari Ecah di sekitar kampung.
Orang-orang Kampung mula mencari Ecah di segenap pelosok tempat tetapi tidak jumpa.
Scene 2 – ECAH MERAYAU
Ecah yang tersesat telah melalui kawasan hutan tebal, kawasan rumah yang ditinggalkan dan kawasan perkuburan tanpa arah tujuan. Akibat keletihan Ecah berehat di kawasan kubur tanpa menyedari akan tempat tersebut berhantu.
Sedang Ecah berehat di kawasan tersebut satu persatu hantu datang menghantuinya, dimulai dengan hantu Pocong, diikuti hantu Mumia, Hantu Cina, Hantu Puntianak dan Hantu Karipap tetapi kesemua hantu-hantu tersebut tidak dapat menakutkan Ecah. Seterusnya Hantu-hantu tersebut bersepakat untuk memanggil ketua Hantu iaitu Hantu Kak Limah bagi menakutkan Ecah.
Sedang mereka semua sedang asyik bermain, tiba-tiba....
Scene 3 – PERTARUNGAN BOMOH DAN HANTU
Orang Kampung datang bersama Bomoh siam handalan Kampung dan Bomoh tersebut mula membaca jampi serapah untuk menghalau Hantu-hantu terbabit.
Dengan kuasa Bomoh tersebut semua hantu-hantu berjaya dihalau menjauhi Ecah.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Siapakah Hantu itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu-hantu tersebut? Dan Apakah kuasa yang dimiliki Ecah sehinggakan hantu tidak berjaya menakutkannya. Temui jawapannya dalam ‘Di mana Ecah’ di Dewan Utama pada 19 Mei ini.
Pulangnya Hantu Kedai Wak Jabot
-----------PULANGNYA HANTU KEDAI WAK JABOT----------
PHKWJ mengisahkan tentang Wak Jabot yang membuka gerai kopi WARK JAY BOOT di hujung kampung. Kisah bermula apabila Pak Mat dan Pak Shool datang ke kedai Wak Jabot secara termengah-mengah seperti melarikan diri daripada sesuatu.
Scene 2 – HALAMAN RUMAH ZACK
Zack mengetuk-ngetuk pintu rumahnya semasa pulang dari kerja pada pukul 1 pagi. Tetapi pintu rumah tidak dibuka oleh isterinya Aci, kerana sedang digangu oleh hantu Kak Limah dan hantu kerangka di dalam rumah........
(sepanjang penceritaan : lagu aci-aci buka pintu dimainkan)
Scene berakhir dengan hantu mengejar pasangan zack dan aci hingga ke belakang pentas.
Pak Shool yang tidak tertarik dengan cerita Pak Mat yang tidak seram, menceritakan pula pengalaman isterinya Jenab yang diganggu oleh hantu Karipap.
Scene 4 – RUMAH PAK SHOOL
Jenab yang sedang asyik membuat karipap tempahan terkejut apabila rumahnya didatangi seorang wanita yang membawa bakul. Tanpa diduganya, wanita tersebut cuba untuk mempengaruhi Jenab untuk membeli karipap jualannya, mengambil kesempatan tersebut Jenab pula menjual karipapnya kepada Wanita tersebut.
Scene 5 – WARUNG WARK JAY BOOT
Suasana kedai Wak Jabot menjadi huru-hara apabila hantu-hantu yang diceritakan oleh Pak Mat dan Pak Shool datang ke warung Wak Jabot dan menghantui mereka semua.
Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satu pun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu kedai Wark Jay Boot tersebut? Temui jawapannya dalam ‘Pulangnya Hantu Kedai Wark Jay Boot ’ di Dewan Utama pada 19 Mei ini.
Saturday, May 7, 2011
Transformasi Kerjaya - Merubah Persepsi
okes.. untuk tahun 2011 ni dari segi kerjaya banyak da berubah almaklumlah da almost 1 tahun pegalaman kerja ni..so banyak da dapat takelllll...
tapi awal tahun lagi boss bertukar..diikuti staff2 lain dan terbaru 2 pegawai ni kuar dari unit kami..all are new face...bila lagi aku punya turn daaa..(haa.ha bercita2 padahal baru setahun jagung aka ketiak jagung kata orang kelantan)
dan birthday saya adalah pada 14 Mei..tinggal brape hari je tuuuu..
Tuesday, May 3, 2011
Ceriteria - kisah dedulu
CERITERIA
Kenal A B C…..
Saya mula masuk sekolah dan mengenal hurup ABC…dekat pra sekolah depan rumah jer..senang, hinggakan nak ke tandas pun balik rumah. Tulah nk katakan dekatnya rumah saya dan sekolah..di peringkat pra sekolah, saya ni jenis yang sangat pendiam ya amat. 2 tahun di sana....menuju puncak ke sekolah rendah pulak.
Sekolah rendah saya lebih kurang 1km daripada rumah, jauh jugaklaaa…sebab daftar masuk ke sekolah lambat, saya ditempatkan dikelas yang terakhir sekali. Kelas 1 Hijau.(kalau nak ikutkan zaman dedulu banyak sekolah menggunakan nama warna sebagai symbol tuk kelas-kelas). Tapi sekarang wah nama-nama class pn dah berubah nilam, zamrut, azam budi..bagai…..
last-last dapat nombor dekat-dekat akhir kat class tu..memang naik give up!!! slama ni kedudukan dalam class memang baik, tapi bila daaa masuk first class semua daa berubah……maluuu!!!
3A 2B
Keputusan UPSR saya masa tu..sangat2 sedey coz ramai sangat yang dapat 5A dan 4A dalam class..rasa malu pn ader…x per niat kat haty...masa tu nekat nak buktikan kat dorang-dorang semua, saya boleh lagi berjaya daripada dia orang semua pada masa-masa mendatang (Malaysia boleh)
Mula menjejakkan kaki ke sekolah menengah, saya ditempatkan di class yang kedua iaitu 1 Azam..sebab semua budak-budak yang pandai da x de kat sekolah-skolah biasa nie..mereka yang bijak pandai da pergi ke sekolah asrama dan elit-elit belaka..Mak saya pulak suruh ambil aliran agama..coz dia kata dengan result 3A ni boleh lagi apply tuk skolah agama..then saya pun isilah dengan ala kadar..sampai due date..
yeHHH x yah hantar coz da expired dah 4 Application untuk skolah agama tue...(jahat giler rasanya)
Skali lagi result x bagus sangat sekadar dapat 3A 8B jerkk..tapi kali nei sedeh tahap gaban...coz lain yang diharapkan lain yang dapat..tengok semua kenkawan dapat result okey gempakk jer semua..aku nie skadar okey2 jer..sooo menapak lagila kat skolah nie..x leh gi mana2 skolah asrama.
Warhhh hasilnya..saya selalu dapat no 1 in classs..coz da x de pencabar pn..saya ni pun bukanya pandai sangat jadi top in class, terror mata pelajaran Adds math dengan markah 45 jer..lawak2.. sorang jer lulus yang lain-lain fail..hurh macam tu skali penangan adds maths masa tu…tahu sangat perasaan adik-adik semua memang x suker adds maths
Hurhhhh kuar jer result SPM saya dapat 8A hrmmm kira okey la tu duk skolah biasa dengan result gitu..tanpa ikut mana-mana pusat tusen pun..apa amalan yang saya buat adalah: 1. tidak henti-henti semayang hajat mohon keberkatan nak jawab exam..huhu mesti korang kurang percaya nie…. betullll smayang hajat hari-hari sampai ker kuaarrr result..2. baca jer buku tu tiap masa kemana jua..3. jawab semua soklan..(dengan harapan pemeriksa ambil soklan yang paling banyak betul bagi yang ader pilihan soklan)…tu jer yang saya buat…(giler kentang)
MATRIKULASI
Hurhhh yess saya budak Matrikulasi..klau dulu, budak matrikulasi nie memng famous la..pilihan utama lepasan SPM..
tapi skarang nampknya daa ramai yang tak nak apply matrikulasi coz sijil x laku nak apply keja if terkandas….tapi besttt time matrix nie..hurhhh memang still dalam ingatan lagi..time outing,-jenjalan-makan magi-tgon tbbbb…spotcheckk bagai.,.ha..ha…tapi setahun je…
UNIVERSITI
Lepas saja matrix saya apply UM tuk sambung study n course yg saya ambil adalah Sains Biokesihatan (SCIENCE BIOHEALTH) Kepujian..3 tahun disana best jugakkkk…(tik..tok…. da abis study..lagi senang ruther then SPM)
KERJAYA
Sekarang bidang kerjaya yang dicuburi memang x related dengan kerja pun tapi rasa nak belajar bidang sains memng ader lagi
MORAL VALUE
Kepada adik-adik n kenkawan saya nk nasihatkan kita mesti berusaha dari sekarang x kira..mana-mana peringkat….
kerana perubahan yang kita buat akan menentukan masa depan kita nanti..kalau saya x gagal dulu mesti x kemana saya sekarang..